Berita Baik Untuk Bujang Pendapatan Bawah RM2,500 Dapat Bantuan RM...

 



Bertemakan “Teguh Kita Menang Bersama”, dua akta penting bagi menangani COVID-19 dalam Belanjawan 2021 telah diluluskan.



Dua akta tersebut adalah Akta Langkah-Langkah Sementara Bagi Mengurangkan Kesan Penyakit Koronavirus 2019 (COVID-19) 2020 dan Akta Langkah-Langkah Sementara Bagi Pembiayaan Kerajaan (Penyakit Koronavirus 2019).


Menurut beliau, Kerajaan bersetuju untuk memberi Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) bagi menggantikan Bantuan Sara Hidup (BSH). Pecahan bantuan adalah seperti berikut:


Isi rumah berpendapatan <RM2,500


1 orang anak: RM1,200


2 orang anak atau lebih: RM 1,800


Isi rumah berpendapatan RM 2,501 hingga RM 4,000


1 orang anak: RM800


2 orang anak atau lebih: RM 1,200


Isi rumah berpendapatan RM 4,001 hingga RM 5,000


1 orang anak: RM500


2 orang anak atau lebih: RM 750


Individu bujang yang berpendapatan di bawah RM2,500 di usia 21 tahun ke atas akan menerima bantuan sebanyak RM350.




Menerusi Program Jaringan Prihatin, 8 juta individu B40 dapat menerima RM180 dalam bentuk kredit telekomunikasi, dan tambahan RM1.5 bilion dalam bentuk data percuma sebagai dana padanan kepada syarikat-syarikat telekomuniasi


Selain itu, caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) juga akan dikurangkan daripada 11% kepada 9% mulai Januari 2021, untuk tempoh setahun.


Ahli KWSP juga kini boleh mengeluarkan sebanyak RM500 sebulan untuk tempoh 12 bulan daripada Akaun 1 KWSP kepada ahli-ahli KWSP yang terjejas. Untuk ini, pemohon boleh mula permohonan bermula Januari 2021.

Catat Ulasan

0 Ulasan