Untuk makluman, pembayaran Bantuan Prihatin Nasional Fasa Kedua (BPN 2.0 Fasa 2) akan dibuat pada Januari 21 2021 ini.
Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz, berkata bayaran BPN fasa kedua ini dipercepatkan disebabkan pelaksanaan kembali Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) serta PKP Bersyarat (PKPB) dan PKP Pemulihan (PKPP).
Beliau berkata, bayaran itu juga akan dibuat beserta dengan bayaran kepada permohonan baharu dan rayuan yang lulus.
Untuk makluman, tempoh permohonan baharu serta rayuan BPN 2.0 pula telah berakhir pada 15 November 2020 lalu.
Menurut Siaran Media oleh Kementerian Kewangan Malaysia, Fasa kedua BPN 2.0 akan diberikan kepada 11.06 juta penerima merangkumi 10.6 juta penerima BPN sedia ada serta 460,000 penerima baharu dengan jumlah bayaran keseluruhan RM2.38 bilion.
Semakan Kelulusan Bermula 15 Januari 2021
Semakan kelulusan, katanya boleh dibuat mulai 15 Januari 2021 di https://bpn.hasil.gov.my.
Semakan kelulusan BPN 2.0 bagi yang membuat rayuan boleh dibuat di portal rasmi Bantuan Prihatin Nasional.
Sila ikuti langkah beirkut untuk membuat semakan:
- Layari laman web BPN di bpn.hasil.gov.my.
- Masukkan nombor IC anda
- Isi kod captcha yang diminta
- Maklumat pembayaran BPN 2.0 akan dipaparkan
Jumlah Bayaran
Jumlah bayaran BPN 2.0 yang akan diterima adalah berdasarkan kategori dan jumlah pendapatan seperti dalam jadual di bawah berikut:
0 Ulasan