Tarikh Bayaran BPN 2.0 Fasa 2 Mulai Januari 2021 & Cara Semak Status

 

Tarikh Bayaran BPN 2.0 Fasa 2 Mulai Januari 2021 & Cara Semak Status




Pembayaran Bantuan Prihatin Nasional Fasa Kedua ( BPN 2.0 Fasa 2) akan dibuat pada Januari 2021, kata Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz.

Beliau berkata, bayaran itu juga akan dibuat beserta dengan bayaran kepada permohonan baharu dan rayuan yang lulus.

Untuk makluman, tempoh permohonan baharu serta rayuan BPN 2.0 pula telah berakhir pada 15 November 2020 lalu.

Setakat ini, pembayaran fasa pertama sejumlah RM4.5 bilion berjaya disalurkan kepada lebih 9.86 juta penerima, merangkumi tujuh juta penerima daripada kategori B40 dan 2.86 juta penerima daripada kategori M40.

Manakala bagi penerima BPN 2.0 yang tidak mempunyai akaun bank, penunaian mula disediakan di cawangan Bank Simpanan Nasional mulai 26 Oktober 2020.



Isi Kandungan
Cara Semakan BPN 2.0 Fasa Kedua
Jumlah Bayaran BPN 2.0
Maklumat Lanjut

Cara Semakan BPN 2.0 Fasa Kedua

Semakan kelulusan BPN 2.0 bagi yang membuat rayuan boleh dibuat di portal rasmi Bantuan Prihatin Nasional.

Sila ikuti langkah beirkut untuk membuat semakan:

  1. Layari laman web BPN di bpn.hasil.gov.my.
  2. Masukkan nombor IC anda
  3. Isi kod captcha yang diminta
  4. Maklumat pembayaran BPN 2.0 akan dipaparkan

Jumlah Bayaran BPN 2.0

Jumlah bayarn BPN 2.0 yang akan diterima adalah berdasarkan kategori dan jumlah pendapatan seperti dalam jadual di bawah berikut:

Catat Ulasan

0 Ulasan