MIRI: Seorang warga emas rentung selepas kereta dipandunya terbabit dalam kemalangan lalu terbakar di Jalan Taman Awam, di sini, malam tadi.
Jurucakap Pusat Gerakan Operasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak, berkata dalam kejadian 10.30 malam, mangsa dikenali sebagai Tan Kaw Tee, 61.
Beliau berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu, jam 10.50 malam.
Susulan itu, sebuah jentera Fire Rescue Tender (FRT) dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Miri dengan sembilan anggota digerakkan ke lokasi kejadian.
Anda Mungkin Berminat Dengan Artikel Ini :
"Kereta dipandu mangsa dikatakan terbabas dan melanggar pokok lalu terbakar.
"Terdapat seorang mangsa di dalam kenderaan itu yang terbakar 100 peratus," katanya dalam kenyataan, hari ini.
Katanya, bomba melakukan operasi pemadaman dan mengeluarkan mayat mangsa dari dalam kereta dan diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.
Sumber : Bharian
0 Ulasan