Home
Privacy Policy
About Us
Contact
Terms And Conditions
Disclaimer
Home-icon
Berita Utama
Berita Artis
Berita Borneo
Luar Negara
Berita Sukan
Laman utama
BeritaBorneo
Lelaki Maut 'Diserang' Ayam Sabung Sendiri
Lelaki Maut 'Diserang' Ayam Sabung Sendiri
by -
Tok Janggut
on -
Ogos 31, 2021
Foto Sekadar Hiasan
Bintulu
:
Seorang lelaki maut terkena taji ayam laga sendiri ketika lakukan aktiviti sabung ayam di kebun kelapa sawit di kawasan Batu 21, Jalan Bintulu-Miri di sini semalam.
Ketua Polis Daerah Bintulu, Superintendan Zulkipli Suhaili berkata, dalam insiden jam 2.30 petang itu, mangsa lelaki tempatan berusia 42 tahun itu sedang mengikat taji pada bahagian kaki ayam sabung miliknya.
"Sebaik melepaskannya, ayam sabung terbabit meluru ke arah mangsa lalu mencederakan pehanya," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.
Mangsa yang cedera parah itu kemudiannya dihantar ke Hospital Bintulu sebelum disahkan meninggal dunia pada jam 7.29 malam akibat mengalami pendarahan yang banyak.
Katanya, polis mengklasifikasikan kes ini sebagai kes mati mengejut (SDR).
Sehubungan itu katanya, polis menahan enam lelaki tempatan berusia antara 31 hingga 53 tahun pada jam 1.30 tengah hari tadi dipercayai terbabit dalam aktiviti sabung ayam itu bagi membantu siasatan dan akan mendapatkan perintah reman di Mahkamah Majistret Bintulu esok bagi membantu siasatan lanjut.
"Kes disiasat mengikut Seksyen 269 Kanun Keseksaan, seksyen 3(1) Langkah-Langkah Pencegahan Penganiayaan Terhadap Haiwan 1952 dan Peraturan 17 (1) Peraturan-Peraturan Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit ( Langkah-Langkah Di Dalam Kawasan Jangkitan) (Pelan Pemulihan Negara) 2021.
"Bagi kesalahan sabung ayam, kesemua suspek berhadapan dengan hukuman penjara tiga bulan atau denda sebanyak RM1,000," katanya.
Beliau berkata, bagi kesalahan cuai iaitu dengan sengaja merebakkan apa-apa jangkitan penyakit yang berbahaya kepada nyawa boleh dihukum penjara enam bulan atau denda atau keduanya manakala perbuatan melanggar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), semua suspek berhadapan dengan kompaun tidak lebih RM50,000 jika disabit salah.
Sumber
:
hmetro
Catat Ulasan
0 Ulasan
Social Plugin
Popular Posts
YANG MULIA TUAN GURU HAJI GHULAM HASSAN ALI-AKBAR AL HAJ AL-GHAUSAL-BIKANGI RA
Jun 27, 2022
Netizen Kec4m Gambar FB Yuna, Minta Jangan Ded4hkan Aur4t – ‘Risau Makin Terbuk4’
April 27, 2022
KONGSI ILMU“Alah budak lagi, bukan depa tahu apa pun..”, Akhirnya Anaknya Membesar Jadi G4y!
Julai 08, 2022
Facebook
Dikuasakan oleh Blogger
0 Ulasan