Setelah sekian lama menghabiskan masa di rumah, pastinya ramai yang cukup rindu untuk menjamu selera di restoran seperti yang selalu dilakukan dahulu. Namun berbeza pula situasi yang dialami gadis ini apabila dia melalui satu pengalaman yang mengejutkan semasa menjamu selera di sebuah restoran baru-baru ini.
Semuanya gara-gara insiden air kumbahan najis yang melanda restoran yang dikunjunginya itu. Insiden itu juga tular dikongsikan di media sosial apabila ianya meraih hampir dua juta tontonan setakat ini di mana rata-rata netizen turut tergamam melihatnya.
Di dalam video yang dikongsikan ini, gadis itu berkongsikan kejadian tersebut di mana paip air kumbahan itu telah pecah dan melanda restoran tersebut. Malah dapat dilihat air kumbahan itu yang terpancut keluar sehingga menyebabkan kawasan restoran itu dibanjiri air tersebut.
Lebih mencuit hati, gadis itu dan rakannya kemudian segera berusaha menghabiskan makanan mereka memandangkan masih banyak lagi yang perlu dimakan. Namun lama kelamaan, dapat dilihat air kumbahan itu telah membanjiri lantai restoran.
Para pengunjung kemudian terpaksa keluar mengikut pintu belakang restoran tersebut. Gadis itu turut berkongsikan keadaan lantai restoran yang sudah dipenuhi dengan air berwarna keruh itu yang turut mempunyai bau busuk.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen turut tergamam melihat situasi mengejutkan yang berlaku ini. Malah ada yang tertanya-tanya bagaimana pengunjung yang lain masih mampu meneruskan sesi makan mereka dalam situasi ini.
“Pekerja tu kena direct air tu…”
“Yang lain boleh terus makan.”
“Dorang bagi refund tak.”
“Minuman percuma.”
0 Ulasan