JOHOR BAHRU: Isteri kepada mangsa bunuh di Kampung Desa Makmur, Majidee, di sini, semalam, didapati positif dadah dan direman tujuh hari.
Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Mohd Padzli Mohd Zain, berkata wanita berusia 30-an itu direman mulai hari ini hingga 9 April depan bagi membantu siasatan.
"Hasil ujian saringan awal air kencing menunjukkan wanita itu didapati positif dadah.
"Suspek direman dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan," katanya.
Justeru, beliau berkata, orang ramai yang ada sebarang maklumat mengenai kejadian itu diminta menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Johor Bahru Selatan melalui talian hotline 07-2182323 untuk membantu siasatan.
Media sebelum ini melaporkan seorang lelaki ditemui maut dalam keadaan mengerikan dengan kesan kelar di leher serta tikaman pada badan, di sebuah kediaman di Kampung Desa Makmur, semalam.
Polis menerima laporan mengenai insiden menimpa mangsa yang juga pekerja kilang berusia 20-an itu pada jam 8.25 pagi.
Susulan itu, polis menahan isteri mangsa, manakala hasil pemeriksaan awal turut menemui sebilah pisau pemotong kertas dan serpihan mata pisau di tempat kejadian.
0 Ulasan