Assalamualaikum semua. Terima kasih admin jika siarkan confession ni.
Bahagia. Semua orang nak bahagia. Tak terkecuali sesiapa pun. Aku nak bicara bahagia dalam konteks rumahtangga. Ini kisah aku.
5 tahun lalu, suami aku curang. Curangnya dengan isteri orang. Siapa sangka bahagia yang aku rasa selama ni, Allah bagi pinjam 8 tahun ja.
Sebaik sahaja aku tahu dicurangi, macam biasalah kan rasa orang rampas bahagia kita, meroyan, menangis sampai bengkak-bengkak mata.
Tapi suami aku waktu tu macam tak bersalah je perangainya. Tambahan lagi keluarga mertua langsung tak membantu nak menasihati anak atau adik dia orang.
Menyalahkan menantu lagi adalah sebab katanya aku yang tak ikut tinggal dengan suami sebab kami pjj dah 3 tahun. Walhal selama ni aku layan mereka macam keluarga sendiri, dia orang pun selama ni baik ja dengan aku.
Pendek kata 8 tahun tu hubungan aku dengan keluarga mertua memang takda masalah.
Berbalik pada kisah suami aku curang, aku apa lagi masa tu bila dapat tahu, punya nak mintak balik bahagia aku dengan Allah.
Dua tiga bulan jugak la aku bangun tahajjud, solat hajat, yassin 7 mubin, amal doa itu, amal doa ini. Dengan harapan aku dapat balik bahagia aku.
Rasa macam b***h dan terhegeh-hegeh ja bila ingat balik. Haha. Tapi tak apa lah, sekurang-kurangnya aku usaha nak pulihkan rumahtangga aku.
Tapi itulah, Allah tak makbul pun doa aku. Sehinggalah kami bercerrai tahun lepas dengan talak 3. Hah, ambik kau. Dia bagi tiga terus tanpa aku minta. Haha.
Masa dia lafaz tu, kalau ada yang fikir aku menangis, sebenarnya langsung tidak. Aku tak menangis. Dia lafaz melalui whatsapp. Dan aku jawab ‘OK’.
Aku bagitau mak dan keluarga aku yang aku dah dicerraikan talak 3 pun dengan muka aku yang seolah-olah tak ada perasaan. Mungkin sebab aku dah move on.
So, sekarang hiduplah aku dengan status ibu tunggal kepada anak-anak lelaki yang comel.
Jadi disinilah point aku sebenar nak cerita pasal bahagia. Benarlah Allah bagi apa yang kita perlu, bukan apa yang kita mahu.
Dulu aku bangun tahajjud mintak Allah pulangkan suami aku. Hanya itu tujuannya. Dah ada masalah berat baru nak bertahajjud. Ikhlas atau tidak waktu tu, Allah je yang tahu.
Yang aku fikir masa tu, aku nak doa sangat-sangat minta pada Allah. Aku nak sangat Allah ikut kehendak aku. Sebab bila suami aku curang, aku rasa tak bahagia.
Aku nak Allah pulangkan bahagia aku. Tapi Allah tak bagi waktu tu. Allah biar ja aku lalui banyak perkara pada waktu tu. Banyak benda susah payah aku hadap dan aku kena selesaikan sendiri.
Kereta rosak atas highway menangis aku depan abang peronda yang datang bantu. Haha. Rumah aku biarkan bergelap sebab mentol lampu rosak.
Aku tak biasa nak panggil tukang repair lelaki masuk dalam rumah aku. Tapi sekarang dah repair lah. Paip patah pun aku buka youtube tengok cara macam mana nak pasang semula. Dan semua tu aku buat sendiri.
Dan dalam keadaan tak sedar, dari ujian yang Allah bagi pada aku waktu tu, perlahan-lahan aku jadi wanita yang tabah.
Aku ke hulur ke hilir urus itu ini sendirian. Cari nafkah, besarkan anak-anak. Dari tak tahu isi minyak kereta aku dah pandai isi minyak. Haha.
Dari tak pandai isi angin tayar kereta sekarang pun aku dah pandai. Bab maintenance kereta pun aku dah pandai jugak.
Kalau pergi bengkel, insyaAllah jangan senang-senang dia orang nak tipu aku. Semua ni berkat tunjuk ajar adik-adik lelaki kat tempat kerja yang banyak membantu.
Pandangan kawan-kawan pada aku kini, aku dilihat wanita tabah dan semangat kental. Kata mereka, jika mereka lalui semua ni, tak tahulah macam mana mereka nak hadap.
Mereka rasa, mereka tak mampu sekuat aku. Tapi aku selalu nasihatkan kawan-kawan, jangan pandang aku sebegitu.
Sebab ujian masing-masing tak sama. Dan yang pasti, Allah uji kita dengan ujian tertentu sesuai dengan kemampuan kita. Allah tak akan bagi lebih.
Dan Allah bagi ujian begini pada aku, sebab Allah tahu aku mampu nak lalui walaupun pada awalnya aku rasa lemah, menangis tanpa henti.
Dulu, aku selalu tanya pada Allah diakhir solat, kenapa DIA uji aku begini.
Tapi lama kelamaan aku perlahan-lahan terima yang Allah uji sebab Allah sayang, dan Allah nak bagi sesuatu yang lebih baik walaupun pada ketika itu aku tak nampak langsung hikmah disebalik ujian ni.
Jujur aku katakan, sebenarnya sejak aku dah bercerrai, aku rasa aku lebih bahagia dengan anak-anak. Kepala aku dah tak serabut. Hidup aku tenang.
Aku dah tak fikir pasal jodoh baru. Yang aku fikir nak besarkan anak-anak ja. Aku nak ke mana, nak buat apa, nak makan apa, balik kampung pun kalau cuti seminggu, seminggulah aku kat rumah mak aku.
Dah tak payah nak bahagi cuti 3 hari rumah mertua, 3 hari rumah mak sendiri. Nikmat bagi aku. Sekarang baru aku sedar selepas 5 tahun baru Allah makbulkan doa-doa aku. Dulu aku nak bahagia kan?
Ya, Allah dah bagi bahagia aku dengan cara yang bukan aku mahu tapi dengan cara apa yang aku perlu. 5 tahun tu lama jugak kan aku nak menanti bahagia aku.
Itu sebab Allah pesan, bersabarlah dengan ujian. Orang yang sabar pasti ada kemanisan dipenghujungnya. Jadi, kalian yang sedang diuji dengan apa-apa ujian, bersabarlah ya. Hikmahnya pasti tiba.
Pada semua pembaca yang membaca confession aku ini, jika kalian masih punya pasangan yang baik aku doakan kalian sentiasa bahagia hingga ke akhir hayat.
Pada yang punya pasangan bermasalah, usahalah untuk sama-sama perbaiki diri. Jika masih gagal untuk perbaiki selepas berusaha, buatlah sesuatu.
Bahagia dan derita ini pilihan, bukan ketentuan. Dan pesanan aku jugak pada wanita yang bergelar ibu tunggal seperti aku. Perlunya kita untuk memastikan akhlak dan peribadi kita sentiasa terjaga.
Buat sesuatu ikutlah batas syariat. Sebab aku tak nafikan cabaran bergelar ibu tunggal. Jika kita tak jaga peribadi kita, tunggu masa ja orang nak mengh1na dan pandang rendah dengan status yang kita bawa.
Reaksi warganet.
Norhayati Zalludin – Rasa down hari ni tp baca confession ni jd semangat skit. Sy pn single mom ank 1, tp suami meningal. Tahun ni tahun ke 4 tnpa dia n masih bertatih utk kuat n bdikari. Wish me luck sis, harap2 esok2 sy da hebat pasal kereta haha mcm sis. Lets be strong together, kita kuat lebih dr apa yg kita fikirkn.
Nur Imaan – Sgt terinspirasi.. tak semua single mom boleh kuat dan mandiri macam you sis.. ada yg menjadi perosak rumahtangga org lain. Ada yg bergelumang dalam kancah maks1at.
Semoga Allah lindungi sis dan anak2.. stay strong stay positive you deserve the happiness.. bahagia tak semestinya hanya ada pada suami.
Aini Qamariah – Antara confession paling bermanfaat dlm IIUM setakat ni.
Nasihat dia dihujung-hujung tulisan ni, saaaangat logik, dan bermanfaat.
Didoakan confessor terusan menerima bahagia di dunia, dan akhirat.
Naziha – Sebenarnya, kalau kita perhatikan kehidupan, pilihan kita berganding dngn nasib kita, nasib kita berganding dngn takdir kita. It just like there is some force that come from a deeper place (Allah, tapi kalau bkn muslim sekali pun, kita boleh rasa kewujudan nya walaupun kita tk nampak). This force dia draw kita kepada certain experiences and away from others.
Jodoh, percerraian, rezeki etc, bagi sesetengah orang yg jenis tk faham orang lain dia akan 100% salahkan pada orang tu kalau ada perceraian etc, tapi bagi saya benda itu bkn 100% on us, dan ada elemen lain yg patut kita ambil kira. Contoh, orang usaha kita pun usaha mungkin lebih lagi usaha, tapi orang tu berjaya kita tk berjaya.
Sbb itu orang yg kaya, berjaya, rumah tangga bahagia jngn besar diri. Ambil kira faktor untung nasib. There are people who are luckier than others. Kadang2 yg bercerrai ni, they could be the most loving person, could be a lot better in character than you.
At the end, kita kena surrender bahawa laluan hidup ni dah ditentukan. Yg menentukan bagaimana tu cara penerimaan kita. Things merely happened, it is up to us whether kita nak ambil dari sudut positive atau negative.Insyaallah. Amiinn.
Saya dulu pun bila suami meninggal macam2 jadi. Tingkap runtuh, pintu ranap, paip pecah, salur air sumbat, rice cooker terbakar, dapur gas rosak, gas habis, peti sejuk tak sejuk. Boleh kata baru seminggu suami meninggal ujian dtg bertimpa2. Dan2 semua benda nak rosak. Mak ayah jauh family semua jauh. Tonggang terbalik kami 2 beranak (anak baru 3 tahun masa tu). Tak kuat iman blh jadi gila. Anak saja kekuatan masa tu. Dia takde sesiapa. Cuma saya ibunya. Ibu tempat dia bergantung harap & kasih.
Nurul Huda – Maaf tetiba jadi luahan rasa pulak baru nak dekat setahun suami pergi. Belum move on dari segi perasaan tapi saya redha dgn pemergiannya. Memang tak mudah jadi single mom. In shaa Allah ada ganjarannya di akhirat nanti. Ameen.
– Melati Putih (Bukan nama sebenar) via IIUMC.
0 Ulasan