Tapi yang jadi masalah dia request nk bersalin kat hospital swasta dan saya sudah tengok hospital yang dia nak pegi tu wad
Asalam min. Bini saya tengah mengandung sekarang alhamdulillah setelah 2 tahun menunggu .
Masalah sekrang bini saya seolah2 tak memahami keuwangan saya. Saya ni kerja biasa2 jelah gaji 2K lebih. Dah tolak semua ada la tinggal 1K untuk belanja. Bila isteri saya pregnant dia asyik mengidam makan kek . Hari2 nak makan kek secret recipe.
Alhamduillah la saya mampu lagi nak beli kan. Tapi yang jadi masalah dia request nk bersalin kat hospital swasta dan saya sudah tengok hospital yang dia nak pegi tu wad yang paling murah pun harga 5k. Saya cakap dengn dia insyallah saya usaha tunaikan tapi dia kena berjimat jugak lah. Baru ni shopping barang baby habes dalam 500 lebih.
Mana sempat saya nak menyimpan kalau tiap2 minggu ada je benda baru dia nak .Bila saya tegur dia untuk berjimat sikit dia cakap sayaa berkira.
Dia pegi canang kt family dia yang saya berkira sampai mak mertua saya call ckp kalau rasa tak mampu nak jaga anak dia pulangkan dengan cara baik.
Saya ni min sampai buat 2 kerja sehari semata2 nak buat dia happy masa pregnant ni. Tapi apa yang saya dapat? Dapat tekanan je. Saya tak pernah rasa isteri tu beban tapi bila dah jadi mcm ni macam2 benda tak elok saya pikir . Apa pendapat admin?
kalau anak saya cucu kandung demam or badan susut sikit ke dia akan perli2 cakap saya tak bagi anak makan Macam ni saya telah bernikah dengan duda anak 2, persoalan nya dekat sini saya tidak tahu kalau suami saya tu bernikah tapi entah sah ataupun tidak.
Reaksi warganet.
Jasmine Diego – Tak elok mengandung dijadikan alasan untuk mengada2 dan menyusahkan suami.. Dulu masa mengandung saya tak kisah pun nak bersalin di hospital kerajaan sebab yakin dgn kebolehan doctor kerajaan tiap bulan pi buat check up di kedua2 tempat sekali iaitu klinik kesihatan dan klinik pakar tapi rezeki saya suami sarankan bersalin di pakar. Jadi Janganlah kita terlalu memaksakan suami klu memang kurang mampu. klu memang ada rezeki takkan kemana.
Maizaton Othman – Rasanya tu bkn mengidam,tu ambil kesempatan selagi ada peluang ,mggunakan alasan mengidam,siap terbayang2 mewahnya katil hospital swasta,x kalah ya bini ko mengidam ala2 kluster kayangan ..kelassss gituu,mengidam tu ok selagi x memudaratkan,mkn kek hari2 pun x bgus utk kesihatan,agak2 lah klu nk guna alasan mengidam pun,kesian kt anak,belum lahir lg,ibunya dah gunakan dia sbg senjata utk minta mcm2,esok bila ank sdg membesar ..jgn salahkan anak klu perangai dia mcm2,menurun sapa la tuuu.
Marzihan Haji Mohamad – Yang pasal bab mkn tu oklah untuk diikut dan ditunaikan.. Yang pasal bersalin tu ko ye kan je dik jgn berjanji.. tapi sampai masa dah nak bersalin nanti ko bawak jelah pegi hospital kerajaan.. dah tgh sakit mungkin dia lupa nanti tu .
Yang penting selamat.. ok jer bersalin hospital kerajaan.. nurse dan doktor pun baik.. sekarang dah ada piagam pelanggan layanan dorang baik.. lagi banyak pakar.. tak caya pegi kat hkl.. hospital pun baru mcm hotel.. pegi swasta nak admitted pun deposit mkn ribu.. ni sekadar nasihat.. Lepas bersalin nanti lg banyak nak pakai duit dik.
Mastura Buhanudin – Sepatutnya wife dia fahamlah kedudukan kewangan suami..setuju bersalin di swasta atau kerajaan sama je.yg jadi lebih risau di hari bersalin..buat nya tetiba kena emergency Operations kos akan mencanak naik..kalau tiba2 wife kurang darah ke atau ada komplikasi lain..lain pulak kos..anak pulak kalau kena tahan wad lagi..lain pulak kosnya..kawan saya pernah habiskan 25 k kos bersalin di hospital swasta..dia ada komplikasi lepas bersalin..n anak kena duduk dalam wad pemantauan hampir seminggu.mana nak cari duit sebanyak itu..
Kos bersalin di hospital kerajaan reasonable..doc pun banyak yg berkepakaran.. mampu insyaallah..sy sndiri memilih bersalin di kerajaan.sebab takut dgn kos tak mampu di luar jangka di hosp swasta.
Sebagai isteri..fahami kewangan dan kemampuan suami..sebaiknya tak perlu merengek hal yg remeh dan tak matang.takkan lepas bersalin nak bertekak pulak hal bil hospital.
Fadil Yahaya – Hospital swasta sangat mengalu2kan kedatangan pesakit utk dapatkan rawatan di tempat mereka.Tapi sekiranya berlaku komplikasi yang memudaratkan nywa, hospital swasta akan merujuk pesakit berkenaan di hospital kerajaan, sebab nak jaga imej dan reputasi mereka.Jadi, faham2 sendiri la, hospital mana satu yang bagus.
Dja Othman – Bang tang makan jgn berkira… tang hospital tu kira…kabor kat isteri abg…hospital mahal ke murah ke…sakitnya sama je setiap ibu yg melahirkan sendiri tanggung.. byr 10k pun sakit tetap ada… suruh dia berfikir sikit…jgn dgar cakap2 org sgt ha ha haaa…Kang ank lahir hutang x terbayar ….bergaduh pulak.
Yana Abdul Rahman – Hospital gov ke swasta ke sama je sakitnya…5k mmg x cukup sbb kite x tau kalau ada komplikasi masa bersalin dah tentu kos bertambah…explain kat isteri tu perlahan2…sy bersalin kat ppukm Alhamdulillah layanan check up sampai lah discharge lpas bersalin tersangat bagus…x pernah doktor n nurse nk marah2 walaupun ko meraung ke meratap ke masa sakit contraction tu.
Doktor n nurse tetap layan dgn sabar..sy masuk wad biasa je bkn 1st @2nd class.. .better guna kan duit tu utk baby n diri sendiri lpas bersalin…kesian kat suami tu..jgn sampai dia berhutang sana sini semata2 nk ikutkan kemahuan ko tu..lg satu mkn kek hari2 x elok..manis tu kan…sekali sekala ok lah…sepatutnya mak dia tu nasihatkan ank tu bkn nk hentam menantu.
Sumber: krt
0 Ulasan