Petugas ambulans dan anggota polis ceddera akibat dilannggar ketika memberikan bantuan kecemmasan dan mengawal lalu-lintas susulan satu kemalangan di Jalan Lingkaran Tengah 2 (MRR2) di sini, semalam.
Dalam kejadian 12.40 tengah malam itu, kedua-dua petugas terbabit sedang memberikan bantuan kepada manggsa kemalangan membabitkan sebuah motosikal dan kereta.
Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohammed Farouk Eshak berkata, semasa anggota polis mengawal lalu-lintas, sebuah Mercedes Benz bergesel dengan sebuah Proton Saga menyebabkan pemandunya hilang kawalan dan melannggar kereta peronda polis.
“Siasatan awal mendapati kemalanngan berlaku di lorong paling kanan dari arah Ampang menghala ke Gombak.
“Ketika kejadian, kereta peronda polis berada di lorong kanan kerana sedang memberikan bantuan kecemmasan kepada penunggang motosikal yang kemalanngan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.
Menurutnya, akibat pelannggaran itu, kereta peronda polis itu menggelongsor ke hadapan dan melannggar ambulans dan sebuah motosikal anggota Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT) Ibu Pejabat Polis (IPD) Ampang Jaya.
“Kemalanngan itu menyebabkan seorang anggota BSPT, seorang petugas ambulans serta seorang penunggang motosikal ceddera dan mereka dikejarkan ke Hospital Ampang bagi menerima rawatan.
“Ujian alkohol ke atas pemandu Mercedes mendapati ia melebihi paras dibenarkan, namun ujian saringan air kencing mendapati negatif penggunaan daddah,” katanya.
Katanya, susulan itu pemandu berusia 48 tahun ditahan dan direman tiga hari untuk siasatan mengikut Seksyen 44 Akta Pengangkutan Jalan 1987.
“Polis turut memohon saksi bebas yang melihat kejadian untuk tampil membantu siasatan dan boleh berhubung dengan Pegawai Penyiasat Trafik Ibu Pejabat Polis (IPD) Ampang Jaya, Inspektor Nurul Faizah Ismail di talian 019-2863481,” katanya.
Sumber : Harian Metro
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
0 Ulasan