Home
Privacy Policy
About Us
Contact
Terms And Conditions
Disclaimer
Home-icon
Berita Utama
Berita Artis
Berita Borneo
Luar Negara
Berita Sukan
Laman utama
Berita
Kanak-kanak 4 tahun maut, diserang lima ekor anjing jalanan
Kanak-kanak 4 tahun maut, diserang lima ekor anjing jalanan
by -
Admin
on -
Mac 23, 2021
SEORANG kanak-kanak berusia empat tahun maut selepas diserang lima ekor anjing jalanan di Arab Saudi.
Kanak-kanak tersebut dikenali sebagai Shahd, dilaporkan diserang sebaik sahaja melangkah keluar daripada rumahnya di kawasan perumahan Al Washaila, lapor
The Sun.
Ibu mangsa berkata, selepas terdengar anaknya menjerit, dia keluar dan melihat anaknya diserang anjing berkenaan sebelum meminta pertolongan.
Beberapa orang berjaya menghalau anjing tersebut dan kanak-kanak tersebut dikejarkan ke hospital namun meninggal dunia semasa terima rawatan.
Bapa saudara mangsa, Abdullah Hazzam Al Abd Al Salam memaklumkan, keluarga mangsa sangat terkejut dengan kejadian tersebut, lapor Gulf News.
"Kami membawa anak saudara saya ke hospital berdekatan pada jam 5.30 petang dan petugas kesihatan memberitahu kami dia berada dalam keadaan stabil.
"Kami terpaksa menunggu di bahagian luar hospital sebagai langkah keselamatan akibat COVID-19, namun pada jam 7.50 malam, kami diberitahu kanak-kanak tersebut telah meninggal dunia," jelasnya kepada Gulf News.
Tambahnya lagi kawasan perumahan tersebut sudah lama mengalami masalah dengan haiwan jalanan yang berkeliaran dan ia diendahkan pihak berkuasa tempatan.
Dia turut menggesa kerajaan membunuh anjing jalanan di kawasan tersebut yang sering dikunjungi orang ramai bersama anak-anak mereka pada hujung minggu.
Insiden berlaku pada 12 Mac lepas di Al Washaila yang terletak kira-kira 25 km di selatan Riyadh.
Jenazah Shahd dikebumikan di Tanah Perkuburan Al Mansouriya pada 14 Mac lepas.
Catat Ulasan
0 Ulasan
Social Plugin
Popular Posts
YANG MULIA TUAN GURU HAJI GHULAM HASSAN ALI-AKBAR AL HAJ AL-GHAUSAL-BIKANGI RA
Jun 27, 2022
Netizen Kec4m Gambar FB Yuna, Minta Jangan Ded4hkan Aur4t – ‘Risau Makin Terbuk4’
April 27, 2022
Isteri DibeIasah Hingga Mavt Selepas Mendedahkan Kecurangan Suaminya Di Media Sosial
Mei 08, 2022
Facebook
Dikuasakan oleh Blogger
0 Ulasan