4 negeri bertukar status dari PKP ke PKPB

 Rentas negeri, daerah dibenarkan bermula 7 Disember - Kosmo Digital

KUALA LUMPUR: Empat negeri di bawah Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) iaitu Selangor, Kuala Lumpur, Johor dan Pulau Pinang ditukar status kepada Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata negeri lain iaitu Kedah, Kelantan, Negeri Sembilan, Sarawak dan Perak kekal di bawah PKPB.

"Enam negeri PKPB iaitu Melaka, Pahang, Terengganu, Sabah, Putrajaya dan Labuan ditukar status kepada Peringkat Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).

"Pelaksanaan PKPB dan PKPP bagi negeri ini berkuat kuasa 5 Mac hingga 18 Mac ini kecuali Sarawak bermula 2 Mac hingga 15 Mac ini," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media berhubung perkembangan pelaksanaan PKP hari ini

BACA JUGA Boleh rentas daerah mulai 5 Mac ini

Catat Ulasan

0 Ulasan