Pengunjung kelab malam, boleh didenda maksimum RM10,000 jika sabit kesalahan berulang

 Gejala Sosial: Kelab Malam

KUALA LUMPUR: Pengunjung kelab malam, individu dikuarantin dan mereka yang melakukan kesalahan berulang dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akan dipertimbangkan untuk dikenakan kompaun maksimum sehingga RM10,000.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata kerajaan tidak akan sewenang-wenangnya mengenakan denda maksimum kepada rakyat kerana kompaun Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342) boleh dirayu.

"Ketua Polis Negara sendiri sudah berikan penjelasan mengenai kompaun ini iaitu kompaun melebihi RM1,000 atau RM10,000 dikenakan terhadap mereka yang melakukan kesalahan berulang, bukan sekali tetapi amaran, ketiga, keempat, kelima namun masih buat lagi.

"Keduanya, saya sendiri anggap serius iaitu pengunjung kelab malam. Kelab malam ini berada dalam senarai terlarang untuk dibuka semula, tetapi setiap hari ada sahaja yang ditangkap. Mereka ini saya kira perlu dikenakan kompaun yang tinggi sebab kedegilan mereka.

"Kompaun maksimum ini juga mungkin juga dikenakan terhadap mereka yang memakai gelang (kuarantin COVID-19) kerana jika keluar sama ada ke pasar raya atau tempat awam, ia boleh menjangkiti orang lain. Ia satu kesalahan serius kerana boleh mengakibatkan kematian pada orang lain," katanya pada sidang akhbar, hari ini.

BACA JUGA 4 negeri bertukar status dari PKP ke PKPB


Catat Ulasan

0 Ulasan