'Tolong bantu anak saya'

a woman sitting on a bench: SITI Nur Alyah tidak dapat bergerak dan terpaksa menggunakan kerusi roda selepas patah tulang belakang. FOTO ihsan Rosmini IsmailSITI Nur Alyah tidak dapat bergerak dan terpaksa menggunakan kerusi roda selepas patah tulang belakang. FOTO ihsan Rosmini Ismail

BACA JUGA Mulai 11 Mac, Individu Yang Ingkar PKP Akan Dikenakan Kompaun Sehingga RM10,000

Kuala Lumpur: Ibu lima anak, Rosmini Ismail buntu memikirkan cara mendapatkan wang sebanyak RM30,000 bagi menampung kos pembedahan anaknya, Siti Nur Alyah Aznan, 17, di sebuah pusat perubatan swasta dekat Kota Damansara, Petaling Jaya, Isnin depan.

Rosmini, 48, yang menetap di Kuala Ketil, Kedah berkata, pembedahan itu diperlukan bagi merawat anaknya yang patah tulang belakang akibat terjatuh di tandas sekolah pada 8 Julai lalu.

Menurutnya, pembedahan perlu dilakukan segera namun dia sekeluarga kini baru mengumpul kira-kira RM1,000 daripada jumlah keseluruhan yang diperlukan.

"Kami sekeluarga tidak tahu mengenai apa yang terjadi sehingga Siti Nur Alyah mengadu sakit belakang kira-kira dua minggu selepas itu.

"Bagi mendapatkan kepastian, anak sulung saya (Noor Firdaus Abdul Rahim, 37) membawanya ke Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH), Sungai Petani, Kedah dan pada waktu itu baru doktor memaklumkan punca penyakitnya.

"Sudah beberapa sesi rawatan susulan dilakukan dan doktor akhirnya mengesyorkan pembedahan kerana ada kemungkinan untuk lumpuh jika tidak dilakukan segera," katanya ketika dihubungi Harian Metro.

Menurutnya, hanya Allah saja yang tahu perasaannya melihat Siti Nur Alyah yang dulunya sihat kini tidak dapat berjalan.

"Kalau boleh, saya sanggup ganti tempatnya itu kerana tidak mahu melihatnya terus derita.

"Sehingga ke hari ini, saya sekeluarga tidak henti berikhtiar mencari wang bagi menampung kos pembedahannya.

"Saya sampai ke tahap tidak lalu makan dan minum memikirkan hal itu malah kami sekeluarga sepatutnya bertolak ke Kuala Lumpur pada Ahad depan tetapi wang diperlukan masih belum cukup sehingga hari ini" katanya

Di sebalik ujian itu, Rosmini berterima kasih kepada semua yang sudah menghulurkan sumbangan dan mendoakan anaknya.

"Alhamdulillah, ramai yang prihatin malah ada dalam keluarga keluarga, rakan dan penduduk setempat menghulurkan sumbangan. Semoga Allah dapat membalas kebaikan anda semua," katanya.

Sementara itu, anak sulung Rosmini, Noor Firdaus berkata, keluarganya sudah memohon bantuan daripada Lembaga Zakat Kedah dan kini permohonan itu kini sedang diproses.

"Masa semakin suntuk tetapi saya dan emak cuba berikhtiar dengan cara lain iaitu ke bank untuk memohon bantuan pinjaman tetapi agak sukar kerana perlu menunggu tempoh kelulusan yang mungkin mengambil masa.

"Selain itu, kami juga ke Baitulmal untuk memohon bantuan dan diharap permohonan diluluskan," katanya.

Orang ramai yang berhasrat membantu boleh menghulurkan sumbangan ke akaun Public Bank bernombor 6914286129 atas nama Noor Firdaus Aznan atau menghubunginya di talian 017-5473446.


BACA JUGA 3 terkorban, 5 kritikal dalam letupan bengkel di Singapura

Catat Ulasan

0 Ulasan