SINGAPURA: Tiga pekerja terkorban dan lima yang lain kritikal selepas berlaku letupan di sebuah bengkel di kawasan perindustrian di republik ini, hari ini.
Letupan dilaporkan berlaku di sebuah syarikat membuat sistem perlindungan kebakaran di kawasan perindustrian.
Setakat ini, pihak berkuasa tidak memberikan sebarang komen mengenai kejadian itu.
Menurut akhbar Straits Times, seorang lelaki mangsa kejadian itu di bawa ke hospital untuk rawatan.
"Siasatan awal mendapati kemalangan itu disebabkan oleh 'letupan habuk yang mudah terbakar'.
"Bagaimanapun, kewarganegaraan mangsa lelaki yang dibawa ke hospital masih belum jelas," menurut laporan itu.
Singapura menjadi tumpuan ratusan ribu buruh asing, kebanyakan berasal dari Asia Selatan, namun kemalangan industri jarang dilaporkan berlaku.
0 Ulasan