Sinovac tiba di Malaysia

 Pesawat MH319 milik Malaysia Airline yang membawa bekalan  pertama vaksin COVID-19 buatan syarikat biofarmaseutikal dari China, Sinovac tiba di Kompleks Kargo, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dari Beijing China.- Foto NSTP/Mohd Fadli Hamzah

Pesawat MH319 milik Malaysia Airline yang membawa bekalan pertama vaksin COVID-19 buatan syarikat biofarmaseutikal dari China, Sinovac tiba di Kompleks Kargo, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dari Beijing China.- PUTRAJAYA: Pesawat Malaysia Airlines Berhad (MAB) yang membawa bekalan vaksin Sinovac, dari China selamat mendarat pada jam 8.47 pagi tadi.

Penerbangan menggunakan pesawat MH319 itu membawa vaksin yang dihasilkan syarikat farmaseutikal di Beijing, Sinovac Biotech untuk diuruskan Pharmaniaga Logistics Sdn Bhd melalui perjanjian di peringkat global.

Hadir menyambut ketibaan vaksin kedua di Malaysia itu ialah Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba; Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin merangkap Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) dan Menteri Pengangkutan. Datuk Seri Dr Wee Ka Siong.

Turut kelihatan, Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan Menteri Luar Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein dan Duta Republik China ke Malaysia, Ouyang Yujing.

BACA JUGA hasrat bertemu isteri tak kesampaian

Catat Ulasan

0 Ulasan