Hasrat bertemu isteri tak kesampaian

 

MANGSA maut di lokasi kejadian. FOTO ihsan polis


Gombak: Hasrat seorang suami bertemu isterinya tidak kesampaian apabila dia maut dalam kemalangan di Kilometer 30.2 Lebuhraya Karak menghala Bentong, petang tadi.

Kejadian jam 5.50 petang itu meragut nyawa anggota Unit Tindakan Khas Bukit Aman, Koperal Mohamad Azizi Daud, 37.

Jurucakap polis memaklumkan, motosikal ditunggangi mangsa bergesel dengan lori dari arah sama.

Menurutnya, mangsa dalam perjalanan menuju ke Jerantut untuk bertemu isteri.

"Mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian dan mayat dibawa ke Hospital Selayang.

"Mayat akan dibedah siasat selepas keputusan ujian saringan Covid-19 diperoleh," katanya malam ini.

Beliau berkata, polis juga sudah mengenal pasti pemandu lori berkenaan dan akan mengambil keterangan berhubung kejadian.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.


Pemandu Proton Waja rempuh kenderaan diberkas, seorang lagi diburu

Catat Ulasan

0 Ulasan