DATIN SERIROSMAH BERI PERMOHONAN BARU SUPAYA HAKIM TARIK DIRI, PEGUAM BELIAU BERITAHU SEBABNYA
by -
Admin
on -
Januari 13, 2022
Datin Seri R0smah Mans0r memfailkan permohonan baharu supaya Hakim Mahkamah Tinggi, Mohamed Zaini Mazlan menarik diri dari pada mendengar perbicaraan kes pengubahan wang haram dan pengelakan cukai dihadapinya.
Ini adalah kali kedua isteri bekas Perdana Menteri, Datuk Seri NajibRazak memfailkan per mohonan itu selepas Mohamed Zaini, hakim yang mendengar kes rasuahnya berkaitan projek solar hibrid bagi sekolah luar bandar di Sarawak, menolak permohonan nya pada 14 Disember.
Peguam Reza Rahim yang mewakili Rosmah mem beritahu mahkamah bahawa permohonan terkini itu difailkan pada 5 petang semalam.
“Permohonan terkini itu berdasarkan alasan baharu,” katanya pada prosiding di hadapan Hakim Mohamed Zaini, hari ini.
Hari ini ditetapkan untuk mendengar permohonan Rosmah untuk menangguhkan per bicaraan kes pengubahan wang har4m dan pengelakan cukai, sementara menunggu selesai rayuan di Mahkamah Rayuan supaya hakim me narik diri.
Sementara itu, peguam bela R0smah yang lain, Datuk Geethan Ram Vincent memaklumkan kepada mahkamah bahawa mereka akan memfailkan permohonan baharu untuk membatalkan kelayakan bekas Hakim Mahkamah Persekutuan, Datuk Seri Gopal Sri Ram daripada bertindak sebagai timbalan pendakwa raya kanan dalam kes itu.
Geethan berkata, pasukan pem belaan membuat keputusan untuk memfailkan permohonan itu selepas menerima salinan surat pelantikan (fiat) Sri Ram semasa prosiding hari ini.
“Kami mengambil pendirian ba hawa jika fiat ini bersifat umum, baiklah, tetapi secara khusus men yebut beliau (Sri Ram) hanya diberi kuasa untuk mendakwa dalam dua kes (dua fail secara kolektif merujuk kepada kes rasuah solar) terhadap anak guam saya.
“Kes (pengubahan wang har4m dan pengelakan cukai) yang di dengar Yang Arif hari ini tidak dinyatakan di sini,” kata Geethan.
Bagaimanapun, Sri Ram berkata, pihak pen dakwaan akan membantah permohonan Rosmah untuk melucutkan kelayakan nya. Sri Ram berkata, fiat oleh Jabatan Peguam Negara itu mengikut Seksyen 376 (3) Kanun Tatacara Jenayah telah memberinya kuasa yang meluas untuk mendakwa dalam mana-mana kes.
“Jika ia tertuduh sama, atas alasan sama, oleh itu ia adalah satu penyalahgunaan,” katanya sambil menambah bahawa percubaan Rosmah sebelum ini untuk melucutkan kelayakannya sebagai pen dak wa dalam kes projek solar hibrid ditolak Hakim Mohamed Zaini dan keputusan itu disahkan Mahkamah Rayuan pada 6 Disember tahun lalu.
Bagaimanapun, Datuk Firoz Hussein Ahmad Jamaluddin, yang juga mewakili Rosmah membantah penggunaan perkataan ‘penyalahgunaan’ oleh Sri Ram dan berkata, Sri Ram tidak sepatutnya meng gunakan perkataan itu.
“Hakikatnya, rayuan (ke atas permohonan per tama untuk mem batalkan kelayakan Sri Ram dalam kes solar hibrid) kini ditetapkan untuk didengar di Mahkamah Persekutuan dan beliau (Sri Ram) tidak sepatutnya menggunakan per kataan penyalah gunaan kerana ini adalah isu undang undang yang anak guam saya perlu diberi peluang, betul atau salah.
“Anak guam saya berhak didengar di mah kamah untuk perkara itu di dengar semula,” kata Firoz.
Mahkamah menetap kan 24 Januari untuk mendengar semua per mohonan Rosmah.
Rosmah, 70, berdepan 12 pertuduhan pengubahan wang h4ram berjumlah RM7,097,750, serta lima per tuduhan gagal menyerahkan penyata pendapatan kepada Lem baga Hasil Dalam Negeri (LHDN).
Perbuatan itu didakwa di lakukan di Affin Bank Berhad, Cawangan Ban gunan Getah Asli, Jalan Ampang di sini, antara 4 Disember 2013 dan 8 Jun 2017 dan di LHDN, K0mpleks Bangunan Kerajaan, Jalan Tuanku Abdul Halim, di sini dari 1 Mei 2014 hingga 1 Mei 2018.
SUMBER:HMETRO
0 Ulasan