Lelaki Maut Dipatuk Ketika Cium Ular Tedung Dakwa Dirinya Kebal Daripada Bisa

 

Tindakan seorang lelaki di Filipina cuba mencium seekor ular tedung yang

mendakwa dirinya kebal daripada bisa ular maut selepas lidahnya dipatuk reptilia

berbisa itu, lapor akhbar The Sun pada 14 Julai 2021, semalam.

Bernardo Alvarez, 62, yang digelar Lelaki Ular, menangkap spesies 'Ular Tedung

Filipina Udara' yang sangat berbisa di sebuah rumah penduduk di Pekan

Mangaldan, wilayah Pangasinan pada 9 Julai lalu.

Menurut laporan, penduduk pada mulanya bersorak apabila Alvarez berjaya

menangkap ular itu namun situasi bertukar ngeri sekelip mata.

dikenali sebagai antara ular paling berbisa di dunia.

Mangsa yang terkejut dengan serangan pantas ular itu menjerit kesakitan, rebah

dan menggelupur di atas tanah sebelum meninggal dunia di tempat kejadian.

Pegawai kesihatan tempatan, Dr. Anna de Guzman berkata, bisa ular boleh

menyebabkan lumpuh seperti yang berlaku pada Alvarev. 

"Apabila sistem badan lumpuh, ia akan menyebabkan mangsa tidak dapat

bernafas, kandungan oksigen dalam badan terjejas dan akhirnya degupan jantung

terhenti," katanya.

Pasukan perubatan kecemasan bergegas ke lokasi kejadian dan cuba memberi

bantuan pernafasan tetapi mangsa sudah tidak lagi responsif dan tubuhnya sudah

kaku akibat kesan bisa itu.

"Mereka tidak berjaya menyelamatkannya kerana bisa terlalu kuat. Kami tidak tahu

bagaimana untuk menerima kehilangannya," kata seorang ahli keluarga Alvrez,

Teresa Oca.

Catat Ulasan

1 Ulasan

  1. 1xbet | 1xbet | Bet with a Bonus - RMC | Riders Casino
    1XBet allows septcasino you to bet on any favourite horse races deccasino or casinosites.one any other sporting event. 1xbet login ✓ Get up to £300 토토 사이트 + 200 Free Spins No Deposit

    BalasPadam