Influencer Tak Sensitif, Buat Konten Siap Buat `Giveawayt ketika Ziarah Kubur Siti Sarah

Pemergian penyanyi, Siti Sarah Raissuddin disebabkan Covid-19 semalam sememangnya membuatkan ramai peminat Tanah Air turut berduka.

Lebih memilukan adalah allahyarham ‘pergi’ selepas beberapa hari melahirkan anak keempatnya dan meninggalkan sang suami serta tiga lagi anak-anak yang masih kecil.

Walau bagaimanapun, suaminya, Shuib Sepahtu dilihat sangat tabah dan berjanji akan menjaga keempat-empat anak mereka dengan sebaiknya sehingga mereka yang mendengar turut menitiskan air mata.

Buat konten tentang kematian Siti Sarah?

Namun begitu, dalam kedukaan keluarga Shuib menerima ujian yang berat ini, masih ada lagi insan yang cuba menggunakan ‘tragedi’ keluarga mereka sebagai konten.

Kekesalan tersebut disuarakan oleh seorang pengguna Twitter dikenali sebagai @ashraf_suhaimi apabila memuat naik screenshot video yang dimuat naik seorang influencer apabila membuat konten menziarahi pusara allahyarham Siti Sarah.

Malah, di pertengahan video, dia turut dikatakan melakukan peraduan dengan memberikan hadiah wang tunai berjumlah RM100 kepada pemenang.

Menerusi pemerhatian, sedutan video tersebut turut dikongsi di laman Instagram miliknya namun ia telah dipadam setelah beberapa jam dimuat naik.

Di Twitter, video Aisar tersebut menerima pelbagai kecaman pengguna yang berpendapat pelakon drama bersiri Chandelier itu tidak memikirkan perasaan mereka yang baru merasa kehilangan.

Malah, dia yang dilihat memakai kurta dan dipadankan dengan seluar hitam ketat turut dihentam kerana dikatakan tidak menghormati kawasan tanah perkuburan.

Tidak hanya itu, wargamaya juga menyeru orang ramai untuk melaporkan video tersebut kepada pihak YouTube untuk diambil tindakan.

Promote video dekat media sosial

Video depan pagar je ke?

Cubalah hormat sikit kematian orang

Perbuatan tersebut nyata membuatkan warganet marah apabila merasakan tindakan dilakukan influencer terbabit sangat tidak beradab kerana ia melibatkan perasaan orang lain.

Rata-rata meninggalkan kecaman di ruangan Twitter @ashraf_suhami yang bertanyakan hal sama kepada influencer tersebut berkenaan rasa sensitifnya terhadap isu kematian.

Siap buat give away lagi. Apooo!

Takde otak ke?

Dari dulu suka buat video kurang bijak

Minta maaf sebab tak fikir jauh

Walau bagaimanapun, influencer tersebut  telah membuat permohonan maaf di ruangan IG story miliknya dengan mengakui tersilap langkah apabila membuat video berkenaan kematian seseorang.

Dia juga telah memadam video tersebut di saluran YouTubenya dan memaklumkan tidak berfikir jauh ketika membuat konten itu.

 

Sumber: Twitter @ashraf_suhaimi

Catat Ulasan

0 Ulasan