16 jemaah langgar SOP solat Isyak disiasat

 


KOTA BHARU –Polis menjalankan siasatan berhubung 16 jemaah melanggar

prosedur operasi standard (SOP) solat berjemaah di sebuah surau diKampung Batu

6, PengkalanChepa, malam kelmarin.

Solat berjemaah dipercayai ketika waktu Isyak itu turut membabitkan dua kanakkanak.

Ketua Polis DaerahKota Bharu, AsistenKomisioner AbdulRahim Daud, berkata

pihaknya menerima maklumat daripada orang awam memaklumkan penduduk

mengadakan solat berjemaah di surau itu kelmarin.

“Susulan laporan itu polis menjalankan siasatan mengikut Seksyen 21A Akta

Pencegahan danPengawalanPenyakitBerjangkit 1988, Peraturan 17(1) Peraturan

Pencegahan danPengawalanPenyakitBerjangkit 2021.

“Siasatan lanjut berhubung kejadian itu akan dilakukan,” katanya ketika dihubungi

hari ini.

AbdulRahim berkata, siasatan awal mendapati semua jemaah melanggar SOP

ketika perintah kawalan dalam PelanPemulihanNegara (PPN).

“Kita akan mengambil keterangan semua jemaah itu untuk siasatan lanjut sebelum

kompaun dikeluarkan,” katanya.

Media sebelum ini melaporkan, MajlisAgama Islam danAdatIstiadat Melayu

Kelantan (MAIK) mengeluarkan arahan hanya empatjemaah terdiri daripada ahli

jawatankuasa masjid dan surau dibenarkan menunaikan solatfardu sepanjang

tempoh perintah kawalanPPN bermula 1 Jun lalu.

Catat Ulasan

0 Ulasan