Menyamar Jadi Doktor?

 PENYAMAR



Gilalah umr 20 dah jadi doktor fake.. mati kerja gitok..🤦 mistake nya no ic letak lah tua sikit sik org curiga.. 🤦 nasib nya hanya penyamar semata-mata.. mun nya penjahat yg nak merosakkan system kesihatan? 14 hari mcm2 blh dipolah .. harap jadi pengajaran dr segi keselamatan 🙏..


Setengah bulan bertugas tanpa gaji


Remaja yg hanya berumur 20 tahun menyamar sebagai pegawai perubatan gred UD41 Hospital Umum Sarawak. Dia menuntut di SMK Demak Laut pada tahun 2016 ( Tingkatan dua). Maklumat peribadi kad kerja di bawah adalah palsu juga. Setengah bulan bertugas di PPV Stadium Perpaduan Kuching baru dikesan. 


Ajaib.


_____________


𝗗𝗼𝗸𝘁𝗼𝗿 𝗽𝗮𝗹𝘀𝘂 𝗱𝗶 𝗽𝘂𝘀𝗮𝘁 𝗽𝗲𝗺𝗯𝗲𝗿𝗶𝗮𝗻 𝘃𝗮𝗸𝘀𝗶𝗻 𝗱𝗶𝗵𝗮𝗱𝗮𝗽 𝗸𝗲 𝗺𝗮𝗵𝗸𝗮𝗺𝗮𝗵


KUCHING: Tembelang seorang lelaki menyamar sebagai doktor sukarelawan yang bertugas di pusat pemberian vaksin (PPV) di Stadium Perpaduan terbongkar.


Rahsia suspek pecah disebabkan seorang sukarelawan yang mengenalinya dan mengakui rakan sekelasnya ketika berada Tingkatan Dua di Sekolah Menengah Kebangsaan Demak Baru di 2016.


Sebelum itu, suspek dari Bandar Baru Samariang memperkenalkan diri sebagai sebagai Doktor Shah Hairil, siswazah perubatan yang ditugas di hospital kerajaan di bahagian neurologi.


Suspek memperkenalkan dirinya sebagai Dr Shah Hairil, lulusan pegawai perubatan yang bekerja di Unit Neurologi Sarawak Hospital Umum kepada kakitangan lain di PPV.


Suspek ditangkap oleh polis pada pukul 2 petang pada 1 Julai selepas rahsianya terbongkar.


Ketika ditahan, polis merampas beberapa barangan daripada suspek iaitu sebuah beg sandang berwarna coklat, sehelai baju kerja berwarna biru bertulis Sarawak General Hospital, satu unit stetoskop jenama Littman, satu pas nama pekerja MOH termasuk perkakas kerja kedoktoran yang lain, seunit i-Phone dan baju kerja berwarna biru bertulis Shah Hairul Izman dan seluar biru gelap.


Sarawak Tribune melaporkan, nasib suspek akan diketahui 17 Ogos apabila Mahkamah Majistret memerintahkan suspek 20 tahun ditahan lanjut sementara menunggu laporan sosialnya.


Berdasarkan fakta kes, suspek memperkenalkan dirinya sebagai Dr Shah Hairil, lulusan pegawai perubatan yang bekerja di Unit neurologi Sarawak Hospital Umum di bawah pengawasan Dr Lau, kepada kakitangan lain di PPV.


Dia kemudian memberitahu mereka bahawa dia mengunjungi pusat untuk melihat kes trauma terutamanya melibatkan kejadian buruk imunisasi.


Kelakuan suspek telah meyakinkan dia adalah doktor yang tulen serta dibenarkan bekerja sebagai sukarelawan di Stadium PPV Perpaduan dari 16 Jun hingga 1 Julai.

Catat Ulasan

0 Ulasan