Kehadiran anggota-anggota PGA daripada Briged Tenggara itu bertujuan memastikan provokasi melampau pekebun haram sebagaimana yang berlaku pada hari kedua operasi tidak berulang.
Anggota PGA Lengkap Bersenjata Berkawal Pada Operasi Tebang, Musnah Ladang Durian Haram Raub
Sehari selepas diarahkan oleh Ketua Polis Negara, anggota-anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) lengkap bersenjata dilihat berada di ladang durian haram di Hutan Simpan Batu Talam di Raub, hari ini melakukan rondaan bagi memastikan operasi tebang dan musnah pokok-pokok durian haram itu berjalan dengan lancar.
Dipetik oleh akhbar Berita Harian, Ketua Penolong Pengarah (Penguatkuasa) Jabatan Perhutanan Negeri Pahang (JPNP), Nor Azirim Ahmad menyifatkan kehadiran lebih ramai anggota PGA bermula daripada semalam, seolah-olah menyuntik semangat baharu kepada penebang dan petugas lain.
0 Ulasan