Walaupun sudah hampir mencecah Wawasan 2020 tetapi terdapat lagi pemikiran dimana pendatang asing tidak layak dihormati terutama warga yang datang dari Bangladesh, Nepal dan lain lain.
Banyak dah kisah kisah yang kita dengan malah ada juga diantara kita nampak dengan mata kepala kita sendiri dimana warga asing yang datang untuk mencari rezeki di bumi Malaysia ini dihina.
Pernah terjadi di depan mata admin dimana pekerja restoren kedai mamak di maki teruk hanya disebabkan salah bawa pesanan makanan. Cara pelanggan itu memarahi pekerja mamak ini seolah olah kesalahan yang dibuat adalah satu dosa besar.
Kisah dibawah ini munkin boleh ubah persepsi segelintir masyarakat terhadap pekerja warga asing terutama yang bekerja di kedai mamak. Menurut cara penjelasan, kemunkinan besar pekerja mamak yang tular bukan warganegara Malaysia.
Tak ramai antara kita yang sanggup membantu golongan kurang upaya disaat mereka memerlukan. Malah kelibat mereka hanya dipandang jijik dan hina oleh segelintir manusia.
Namun apa yang dilakukan individu ini buatkan ramai netizen tersentuh melihatkan keperibadian yang ditunjukkan kepada insan OKU.
Perkongsian @najib_fiqri di twitternya menarik perhatian ramai apabila dia memuatnaik status beserta gambar seorang ‘mamak’ sedang menyuap makanan kepada seorang OKU yang menikmati hidangan di kedai tersebut.
Posting yang dimuatnaik semalam berjaya mendapat lebih 15k retweets dan 10k likes. Bagaimanapun lokasi kejadian tidak dinyatakan.
Namun tindakan mulia mamak tersebut cukup menyentuh hati kepada mereka yang melihatnya..mulia budi pekerti mamak ni.
Rata-rata netizen respect dengan mamak tersebut. Iyelah sebelum ramai yang pandang rendah juga dekat mamak, kalau nak order makanan kat kedai makan bukan panggil elok-elok tapi buat bunyi mulut je..Alah yang bunyi macam tikus tu.
Bagi aku diorang ni bagus. Kadang-kadang disebabkan diorang masjid and surau jadi penuh.
pic.twitter.com/adxTgFKZhV— APex™ (@najib_fiqri) April 23, 2019
pic.twitter.com/adxTgFKZhV
— APex™ (@najib_fiqri) April 23, 2019
Semoga lebih ramai lagi umat manusia yang ada budi pekerti mulia macam ni. Jadikan kisah ini sebagai pengajaran bahawa jangan sesekali kita memandang rendah kepada orang.
Munkin dalam dunia ini kita lebih tinggi dari dia tetapi kehidupan selepas dunia ini mana tahu dia jauh lebih tinggi dari kita. Subhanallah ..
0 Ulasan