Darjah 3, aku dic4bul abg Z. Malam tu, aku adu pada mak. Tapi mak hanya tersenyum
by -
Admin
on -
Jun 27, 2021
Oleh kerana ayah banyak menghabiskan hidup dengan tidur, anak anak
ayah yang masih kecil akan sentiasa dipkul dan disepak oleh ayah. Sebab
anak anak kecil yang bermain akan membuat bising dan banyak bergaduh.
Bila tidur ayah tergangggu, kaki ayah akan menjadi sangat ringan
untuk menyepak anak anaknya termasuk aku. Kadang kadang kami dibaling
dengan tin biskut, buku teks sekolah dan ada juga dicubit bahu sekuat
kuat hati ayah.
Sedari kecil aku tiada tempat untuk mengadu. Mungkin sebab aku tiada
kakak atau adik perempuan. Sakit demam aku tanggung sendiri, diam di
dalam selimut hingga demam pulih sendiri. Kalau gigi tengah goyang, gigi
itu aku cabut sendiri. Aku malas menyusahkan mak sebab mak terlalu
banyak kerja.
Yang pasti, aku tak pernah lagi merasa pelukan dan ciuman daripada
ayah mahupun mak walaupun sekali. Jangan cakap tak mungkin tiada
langsung pelukan semasa kecil dari mak. Semasa bayi mungkin ada tapi aku
tak ingat.
Sudahlah tidak merasa kasih sayang dari seorang ayah, dengan mak pun
ibarat melukut di tepi gantang. Mak suka memalukan aku di hadapan orang
ramai, terutama di hadapan jirannya atau sepupu aku sendiri. Aku ingat
lagi sewaktu darjah 6, keputusan UPSR aku adalah 5A.
Semasa di kampung, riuh sepupu aku bertanya dan aku jawab dengan
bangga dapat 5A sebab sepupu perempuan aku yang sama darjah 6 tidak
mendapat sebarang A. Ramai kakak sepupu memuji aku sambil mengatakan mak
beruntung ada anak perempuan yang cantik dan bijak.
Mak terus mengutuk aku, bijak buat apa kalau lembab di dapur sambil
membuat muka menyampah. Aku ketika itu sedang mengemas pinggan mangkuk
untuk dibawa ke sinki seterusnya dicuci. Keesokan harinya, sepupu lelaki
aku mengatakan aku seorang remaja perempuan yang cantik.
Mak terus cakap cantik apa macam ni kalau muka pun hitam (aku
berkulit putih asalnya tetapi sebab kerap berjalan kaki pergi balik
sekolah mungkin dah jadi hitam).
Terkedu sepupu lelaki aku sebab aku dikutuk mak sendiri. Sudahnya
malam itu aku berpura pura merajuk dengan mak. Aku ingat mak ingin
memujuk sebab aku tak mahu makan malam.
Rupa rupanya mak mencari aku dan merotan aku sepuas puas hatinya di
hadapan sepupu sepupu aku dan adik beradik aku sendiri. Hakikatnya aku
dah berusia 12 tahun ketika itu.
Oleh sebab mak selalu mengutuk kulit aku gelap dan rupa paras biasa
biasa, abang abang aku jadi terikut sekali dengan perangai mak. Sampai
ke sudah aku dikatakan tidak cantik oleh keluarga sendiri. Aku tahu aku
cantik bila dah masuk alam pekerjaan sudah sebab rakan sekerja selalu
memuji.
Sampai sekarang aku memujuk diri sendiri dengan memikirkan mak
sebenarnya tertekan dengan sikap ayah semasa berada di kampung dan aku
dijadikan kambing hitam untuk mak lepaskan kemarahan.
Tidak semua anak perempuan tunggal boleh merasa hidup mewah. Aku
jarang dibelikan pakaian. Sewaktu sekolah rendah, aku dapat merasa
pakaian baru hanya setahun sekali apabila mak membelikan sepasang baju
kurung untuk raya puasa dan raya haji. Baju sekolah aku adalah ‘recycle’
dari baju sekolah kakak sepupu.
Beg sekolah aku dari darjah 3 sampai 6 tidak pernah berganti. Hatta
pakaian dalam aku semasa darjah 6 adalah ‘recycle’ dari pakaian dalam
kakak sepupu aku juga. Pernah sekali aku mengamuk mahu ‘panties’ yang
baru disebabkan ‘panties’ yang sedia ada berlubang lubang sudah tapi mak
buat tak endah.
Bila dah besar macam ni aku memujuk diri sendiri dengan mengatakan
mak tidak mempunyai wang untuk membelikan aku pakaian tetapi yang aku
selalu fikirkan macam mana pula mak boleh belikan pakaian untuk adik
beradik lelaki?
Setiap kali pulang ke kampung aku akan sedih melihat sepupu perempuan
memakai ‘blouse’ dan t-shirt yang cantik cantik. Hakikatnya aku hanya
mampu memakai seluar dan t-shirt lusuh abang abang aku dahulu.
Nasib aku baik sebab aku dapat biasiswa semasa di sekolah menengah.
Bila ada lebihan selepas membeli buku, aku akan gunakan duit biasiswa
untuk membeli t-shirt lengan panjang, selayaknya pakaian seorang remaja
perempuan.
Semasa rehat aku banyak duduk dalam kelas sahaja, mengikat perut
semata mata untuk membeli pakaian dan peralatan sekolah. Tapi adik
beradik lelaki aku, mak akan membelikan pakaian lengkap dari baju
melayu, songkok, selipar, t-shirt dan jeans setiap kali tibanya raya.
Seluar sekolah dan kasut sekolah pun akan dibelikan yang baru setiap
tahun.
Alasan mak sebab adik beradik lelaki tidak pandai menjaga kebersihan seluar dan kasut sekolah. Aku iyakan sahaja kata kata mak.
Bila dah bekerja, mak akan call aku setiap kali nak bertanya pasal
duit sahaja. Atau untuk mengadu ada peralatan rumah yang rosak dan perlu
diganti dengan yang baru. Bila bersembang pasal duit mak akan jadi
gembira. Mak sangat tak suka bila aku mengadu pasal sakit atau masalah
di tempat kerja, mak akan cakap aku perempuan yang lemah.
Mak akan cakap dia dulu tak pernah pun dapat penyakit macam aku. Mak
akan menambah yang semua abang aku elok sahaja di tempat kerja. Selepas
itu, mak akan menukar topik perbualan kepada duit semula.
Sekarang apa apa sakit atau masalah hidup aku hanya simpan sendiri.
Nak mengadu kepada kawan jauh sekali sebab aku fikir mak sendiri pun tak
nak ambil tahu. Tapi aku nekad hanya mengirimkan sejumlah wang yang
tetap sahaja setiap bulan kepada mak dan ayah, yang lain aku tak ambil
peduli sudah.
Sebab? Masa aku mengalami kesusahan tak ada keluarga yang mahu
menolong jadi aku kena ada simpanan yang cukup untuk waktu kecemasan.
Lagi pula, aku rasa tidak berbaloi menghabiskan duit untuk orang lain
sedangkan aku yang berpenat lelah semasa bekerja.
Anak lelaki terutama yang sudah berkahwin, mak tidak mewajibkan
mereka untuk mengirimkan wang setiap bulan. Kata mak, anak lelakinya
perlu menanggung anak dan isteri masing masing.
Sudahnya, kebanyakan abang aku menjadi sangat culas untuk memberikan
wang kepada mak dan ayah walaupun sekali sebulan. Mungkin setahun sekali
itu ada terutama semasa hari raya. Hakikatnya, mereka semua berpangkat
besar.
Dan setiap kali saudara mara atau jiran datang ke rumah, mak akan
cakap semua anak lelakinya bagus bagus sebab setiap bulan sentiasa
memberikannya wang. Dan mak takkan menyebut nama aku sebab aku kan anak
perempuan.
Mak sangat suka memanjakan anak lelaki kecuali abang K (abang K
ringan tulang dan berdikari semenjak kecil). Mak akan mencuci kasut
sekolah mereka dari sekolah rendah sampai tingkatan 5. Aku diajar oleh
mak untuk mencuci kasut sekolah sendiri dari darjah 2.
Anak lelaki mak tidak perlu membuat kerja rumah, makan dihidangkan.
Selepas makan mak akan mengambil pinggan mereka seterusnya diletakkan di
sinki.
Aku akan disuruh untuk mencuci pinggan mangkuk, mengelap meja makan,
menyusun kerusi dan menyapu lantai. Kata mak, budak perempuan perlu tahu
buat semua kerja rumah. Kalau aku membantah akan ada sebiji baldi
hinggap di kepala aku.
Setiap kali hari raya, aku tidak boleh ke mana mana. Aku mesti
melayan tetamu, ‘top up’ makanan yang dihidangkan di atas meja dan
mencuci pinggan pinggan kotor. Hari raya aku dari dulu sampai sekarang
banyak dihabiskan di hadapan sinki. Malam raya aku dapat tidur sekejap
sebelum Subuh sahaja.
Mak akan menyuruh aku membantunya memasak juadah raya. Sudahnya pukul
4 pagi baru aku dapat tidur. Setelah Subuh aku mesti bangun kembali
untuk menyeterika baju melayu semua adik beradik lelaki termasuk baju
kurung mak sendiri. Begitulah rutin aku di hari raya sampai tahun lepas.
Abang yang sudah berkeluarga akan berada di bilik masing masing
dengan anak isteri. Abang abang bujang dan adik lelaki selalu tidur
sahaja selagi mak tidak mengejutkan mereka.
Bila jiran jiran datang beraya barulah mereka kelam kabut untuk mandi
dan sebagainya. Selesai makan, masing masing akan meninggalkan sahaja
pinggan pinggan kotor di meja makan.
Menjadi tugas aku untuk mengutip pinggan pinggan tersebut seterusnya
dicuci. Belum sampai tengah hari, mereka akan masuk ke bilik masing
masing untuk tidur, berehat atau bermain ‘game’. Tinggal aku terkulat
kulat sendirian di dapur.
Semasa darjah 3, aku dic4bul oleh abang Z. Aku tak sedar aku menjadi
mngsa c4bul ketika itu disebabkan masih mentah. Tapi aku masih ingat
abang Z melarang aku memberitahu orang lain. Malam itu aku masuk ke
bilik mak. Aku mengadu aku dic4bul oleh abang Z semasa mak keluar
bekerja.
Walaupun masih kecil tapi aku berupaya ‘describe’ satu persatu apa
yang abang Z buat kepada aku dengan harapan mak akan memarahi abang Z.
Apa reaksi mak? Mak hanya tersenyum kepadaku sambil menyuruh aku kembali
tidur.
Aku lupakan perkara ini sampai aku darjah 6. Bila dah faham diri ini
sebenarnya telah dic4bul, aku jadi benci untuk melihat abang Z. Dan aku
tak akan maafkan dia sampai aku mti !
Aku membesar menjadi wanita yang sangat keras kepala, mudah panik,
suka melawan, suka fikir negatif, sentiasa ‘moody’, pentingkan diri
sendiri, emosi yang sangat tidak stabil dan tersangat kurang keyakinan
diri. Aku ada lesen dan kereta tapi aku tak mampu untuk memandu.
Bila di dalam kereta aku akan fikir kereta itu akan meletup, terbakar atau tiba tiba dilanggar kenderaan lain.
Bila di dalam bas, aku akan fikir bas itu tiba tiba melanggar belakang lori, atau tiba tiba jatuh ke dalam gaung.
Abang abang aku selalu cakap aku bengap dan penakut sebab tidak boleh memandu kereta.
Aku juga jadi lebih suka hidup sendiri. Aku sangat bahagia bila
berada di rumah sewa seorang diri sebab aku tak perlu berhadapan dengan
manusia lain.
Aku selalu diserang sesak nafas, selalu juga memikirkan pasal mati.
Aku juga akan ‘trigger’ bila melihat pisau. Aku akan membayangkan aku
sedang mengelar lengan atau leher sendiri sehingga drah keluar membuak
buak.
Hidup aku sekarang memang tak ada ‘life’, macam myat hidup tiada
perasaan pergi kerja dan balik kerja sahaja. Aku pergi balik kerja jalan
kaki sahaja. Nasib aku baik sebab rumah sewa aku tersangat dekat dengan
‘office’.
Aku langsung tak merasa untuk berkahwin sebab bagi aku kebanyakan
lelaki adalah seperti ayah. Aku tak sanggup menanggung beban hidup
seperti mak disebabkan salah memilih suami. Aku rasa dengan keadaan aku
yang senang stress ini boleh bertukar menjadi giila jika punya seorang
suami seperti ayah.
Lagipun, aku kan dah tak suci. Kadang kadang bila tertekan disebabkan
kepala yang selalu bising (otak sentiasa berfikir), aku akan menjerit
sekuat hati walaupun di dalam ‘office’.
Ramai rakan sekerja fikir aku tak betul tapi aku dah tak kisah.
Lagipun aku sangat suka menonton kisah Upin dan Ipin, jadi sangat tak
‘matured’ lagi untuk berkahwin.
Aku juga tak berapa suka suasana kenduri, tak kira majlis kenduri
apa. Suasana bising, dengan mulut orang yang tak berhenti bercakap, aku
rasa jantung aku bagai nak meletup letup ketika itu. ‘Anxiety’ aku
menjadi jadi bila terpaksa berhadapan dengan orang ramai.
Raya tahun ini kalau boleh merentas negeri pun aku nekad tidak mahu
pulang ke kampung. Aku sudah terlalu penat dikulikan oleh keluarga
sendiri. Aku rasa kepulangan aku ke sana tidak dinantikan pun melainkan
mereka akan susah hati kerana tiada orang yang akan melakukan pekerjaan
cuci cuci.
Aku sangat tidak suka bila adik beradik lelaki berkumpul beramai
ramai, sebab mereka akan mula mencari topik untuk membahan aku. Topik
paling hangat adalah tentang anak dara tua yang tidak cantik tak boleh
memandu. Mereka akan gelakkan aku sesungguh sungguh, kadang kadang mak
akan menumpang sekaki.
Mereka akan mula membandingkan aku dengan isteri masing masing.
Kononnya isteri mereka lah yang paling cantik, paling sedap memasak dan
paling handal memandu. Dulu dulu aku menangis juga, tetapi sekarang aku
dah lali.
Aku sekarang sudah merasa tiada tujuan untuk hidup. Aku dah selalu
fikir yang mti itu mungkin lebih baik dari hidup. Mak akan gembira kalau
aku mti sebab dia tidak mempunyai anak perempuan sudah.
Jadi mak tidak akan malu kalau orang kampung mengatakan aku anak dara
tua sebab belum berkahwin di usia 27 tahun. Aku menunggu nunggu masa
kematian aku yang entah bila akan berkunjung.
Dulu aku rajin beribadat. Aku akan membaca surah surah pilihan
selepas solat Maghrib setiap hari. Aku juga akan membaca Al-Mathurat
usai solat Subuh dan Asar. Bila sehari tidak dapat membaca al-Quran, aku
akan menjadi resah dan tidak sedap hati.
Tetapi sejak 4 tahun yang lepas sehingga sekarang, aku berubah
menjadi seorang yang jahil. Jarang sekali aku nak menyentuh al-Quran.
Nak mengamalkan Al-Mathurat macam dulu adalah mimpi sama sekali. Yang
pasti aku masih solat tanpa culas walaupun kebanyakan solat fikiran aku
akan melayang entah ke mana mana.
Aku rasa ‘highway’ dalam otak aku bersimpang siur sebab itu aku jadi
terlalu banyak berfikir. Dan aku hanya dapat berhenti berfikir bila
tidur sahaja. Nak dapatkan tidur yang lena pun aku kena mengira kambing
biri biri setiap malam dahulu.
Berbalik kepada kisah ayah, ayah mendapat ‘heart attack’ semasa umur
67 tahun. Usia ayah kini mencecah 70 tahun. Ayah sudah tak berdaya untuk
keluar makan ke kedai. Ayah akan setia menunggu mak untuk memberinya
makan.
Ayah mula pandai mengungkit bahawa anak anaknya tidak mengenang
jasanya sebab anak anak tak dapat pulang ke kampung menjaga dia yang
sakit.
Setiap hari ayah akan mengadu dengan orang yang datang melawat.
Kononya dia bersedih sebab anak anak tidak pedulikan dia yang sakit.
Kadang mak memujuk, kadang mak membiarkan.
Mak menasihati ayah supaya solat tapi ayah masih dengan sikap keras
kepalanya. Ayah cakap manusia yang solat dan puasa pun belum tentu boleh
masuk ke Syurga. Dan ayah juga cakap walaupun dia meninggalkan solat
dan tak puasa dia takkan masuk neraka sebab dia ‘giila’.
Aku menulis di sini sebab aku ingin tahu adakah ayah orang lain di
luar sana yang berperangai seperti ayah aku? Dan adakah aku mempunyai
perangai yang buruk seperti yang dikatakan oleh keluarga sendiri
disebabkan aku sentiasa moody, tidak pandai bergaul dan berkira dengan
mak sendiri?
Dan kepada ibu ibu di luar sana, kenapa anda melahirkan anak
perempuan kalau sudah tahu dari awal anda hanya mahukan anak lelaki?
Kenapa tidak dibnuh saja anak perempuan selepas dilahirkan?
Apa apa pun aku harap pembaca semua boleh doakan supaya ayah aku akan
berubah sebelum dia dipanggil pulang ke negeri cacing. Aamiin.
Reaksi Warganet
Radin Arishah –
Anak anak tak suka tapi mak redha je tu. Sebab tu walaupun dilayan
begitu buruk, sampaikan nak bersalin pun kena pandai pandai sendiri,
anak sakit pun tak dijeling, mak masih mau bersalin sampai 8 anak.
So, tentu ayah tu ada sisi baik dia. Sebab kalau ikut logik akal
suami sebegitu hampeh, habih ramai 2 orang je bini sanggup beranak. Anak
anak komplen pun tak de hasil bila maknya dah gitu.
Nuraz Wan –
Dulu masa baru kahwin saya pernah ikut suami duduk disatu kaw pendalamn kerana tugas.
Ada seorang ni, yang asyik bersalin hampir tiap tahun. Kaluy pergi
klinik ibu dan anak, mesti nurse sindir sindir. Orang lain belum apa
apa, dia dah kedepan.
Orang ini suaminya macam tak berapa betul. Isteri dalam pantang lari
menyorok rumh orang dalam pkul 4am. Mungkin dia cuba nak s3ks ketika
isteri dalam pntang.
Anak anak selekeh dengan gigi kuning tak bergosok. Ada orang berikan
pakaian terpakai yang elok untuk anak anak mereka, tapi si suami
mencincang baju baju itu. Sambil mengamuk tanya siapa yang beri.
Nasib baik orang yang beri tu kata ada orang suruh beri masa hantar tu. Kalau tidak, tak tahu laa.
Yang saya nak cerita, Memang ada orang macam ni. Dan memang ada
perempuan yang tetap tunggu suami yang tak guna macam ni. Hmm..
Entahlh.. Susah nak fahm fikiran diorng..
Kloe Kloey –
Nak jawab soalan adik yang adakah bapa lain yg berperangai begitu. Ada,
memang ada, tapi bukan bapak akak. Jauh bagai langit dengan bumi.
Yang akak nak cuba sampaikan ni ialah bapa baik, lelaki baik,
penyayang anak isteri tu ada. Akak harap awak jumpa yang sesuai untuk
bina hidup baru jauh dari mereka. Putuskan rantaian keturunan
berperangai buruk macam ni.
Tunggu masa yang sesuai jangan terburu buru, jaga diri sendiri dulu.
Nampak macam adik ni dah nak sakit. Tak perlu balik kepada mereka nak
jadi kuli ja. Jgn rosakkan diri. Kalau jauhkan diri, awak akan lebih
sihat. Tak perlu berharap kasih sayang yg takkan kunjung tiba. Anggaplah
itu saja rezeki kasih awak dari mereka, cariklah rezeki yang lain.
Puan Zuera –
Sedihnya baca. Dapat ayah dan mak yang macam ni. Ayah abaikan
tanggungjawab, tahu tidur je. Mak nak bersalin pun boleh buat tak tahu.
Anak buat study group, pergi marah dan hina kawan anak, sampai anak
tiada kawan..
Mak pun patut lindungi anak perempuan, jangan biar dia dinodai abang
sendiri.. Adakah mak nya cemburu kecantikan anak perempuan, takut orang
bagi perhatian pada anak perempuan sendiri?
Sebab tu biar anak perempuan simpan duit sendiri untuk beli pakaian..
Marah bila orang puji anak perempuan nya bijak dan cantik sebab dia tak
dapat perhatian dari suami sendiri ke?
Semoga awak kuat, semoga dipermudahkan urusan..
Zizie Akhtar –
Dik, dapatkan bantuan dari doktor. Biar doktor bantu kalau ada
d3pression atau anxiety dis0rder. Lelaki yang baik mmg wujud. Ayah yang
baik pun wujud.
Berdoa, minta padaNya, berikan jodoh yang baik yang dapat menjaga Nita dengan baik.
Semoga diberi kan rezeki yang melimpah ruah, bertemu jodoh yang terbaik dan dipermudahkan setiap urusan Nita.
Take care..
Sumber – Nita (Bukan nama sebenar) via IIUMC
0 Ulasan