"Api mana api?" -Netizen terhibur tengok babak Uqasha masak dalam drama RASN


 Drama Rindu Awak Separuh Nyawa kini menjadi trending dan bualan wargamaya

apabila boleh dikatakan setiap hari penonton ternanti-nantikan episod seterusnya.

Hal itu adalah disebabkan oleh barisan pelakonnya yang dikatakan pandai membawa

setiap watak dengan baik sehingga berjaya menitiskan air mata penonton selain jalan

ceritanya juga penuh dengan kejutan.

Netizen bongkar sesuatu

Dalam episod ke-46, seorang pengguna Instagram inaijari telah memuat naik

potongan babak dalam episod itu, yang menunjukkan scena watak Sara yang sedang

memasak, namun api daput tidak dihidupkan.

Namanya pun berlakon, layankan je

Susulan melihat potongan babak tersebut membuatkan rata-rata netizen tidak keruan

sehingga membanjiri ruangan komen dengan meninggalkan pelbagai respon.



'Api mana api'



'Tapi lauk mendidih'



'Api buka tapi kecil'



Bagaimanapun, babak tersebut tidak sedikit pun menjadi isu lebih-lebih lagi dalam

kalangan peminat sebaliknya terus setia menanti setiap episod kerana babak sedih

lebih win dan real. Seperti kata netizen yang lain, maklumlah namanya pun berlakon

Catat Ulasan

0 Ulasan