Ajal maut semuanya di tangan tuhan. Namun siapa sangka seorang wanita di Thailand dilaporkan maut ketika sedang memasak.
Lebih menyedihkan kejadian tersebut turut disaksikan pengikutnya memandangkan wanita tersebut meningal dunia semasa sedang memasak sambil melakukan live stream.
Menerusi satu video viral di laman sosial, wanita yang dikenali sebagai Cik Pimporn itu sedang berkongsi resepi masakan kepada para pengikutnya semasa kejadian itu berlaku.
Pada awalnya, Cik Pimporn kelihatan bersemangat untuk memulakan sesi live ‘memasak’ tersebut. Akan tetapi, di pertengahan video tersebut wanita itu kelihatan rebah ke lantai manakala kakinya berada dalam keadaan terketar-ketar.
Menurut sumber, wanita yang berusia 40 tahun itu dipercayai menderita sakit jantung.
Sehubungan itu , seorang selebriti media sosial yang dikenali sebagai Cleopatra, memberi pandangan mengenai insiden tersebut.
Menurut kapsyen Cleo di posting Instagramnya, dia mengatakan masyarakat hari ini sanggup menghabiskan masa dengan media sosial daripada mendapatkan rehat yang secukupnya.
Bahkan, dia turut menasihati kepada orang ramai agar mengutamakan kesihatan daripada segalanya dan janganlah menggunakan banyak masa kepada media sosial sehingga mengabaikan perkara yang lebih penting.
kredit buzzkini
0 Ulasan