Inilah Dikatakan Kasih ayah Kasih Sejati: Lepaskan Anak Baru Kahwin Ikut Suami, Ayah Bertuala Kesat Air Mata Atas Jalan
by -
Admin
on -
Mei 26, 2021
Benarlah kata pepatah, kasih ibu membawa ke syurga dan kasih ayah pula sepanjang masa. Anak gadis yang dijaga sejak kecil bagai menatang minyakpenuh akhirnya perlu juga dilepaskan untuk membina hidup sendiri dengan suami tercinta. Bagi yang baru berkahwin, moment perpisahan itu
memang cukup dirasai meskipun hakikatnya boleh saja bertemu di hari lain. Ia seakan-akan menjadi simbolik kepada perpindahan fasa hidup.
Baru je dirikan rumah tangga…Ayah terus sebak waktu
anak nak salam sebelum pindah
Menerusi satu video perkongsian di TikTok, seorang wanita bernama Sal sempat berkongsi kisahnya yang baru saja mendirikan rumah tangga.
Selepas majlis selesai, ayahnya kelihatan sebak sewaktu pengantin baru itu menghulurkan salam dan mendakapnya erat sebelum memulakan hidup
baru di Shah Alam.
Sempat titip pesan minta jaga buah hati…Waktu kereta
menantu gerak, ayah ikut sampaitengah jalan
Detik itu pastinya membuatkan hatinya berat melepaskan pergi apalagi sudah lebih 29 tahun anak perempuannya tinggal bersama. Malah, lelaki
tersebut juga sempat menitipkan pesanan kepada si menantu untuk menjaga buah hati kesayangannya dengan baik. Sewaktu kereta yang dinaiki Sal
dan suami berlalu pergi, ayahnya dilihat berjalan melihat kenderaan berkenaan sehingga ke tengah jalan sambil mengesat tangisan.
Memang sedih kalau rapat sangat dengan ayah…Untuk
suaminya, jaga elok-elok amanah mentua
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen terharu melihat aksi ayah dan anak berkenaan. Selain faham akan perasaan lelaki berkenaan yang
sukar melepaskan anaknya, ramai juga sempat berkongsi pengalaman sama.
0 Ulasan