Datin Eina Azman Dituduh Potong Barisan, Terima Vaksin Pzer-BioNTech Di Ipoh?


 Dalam konteks COVID-19, vaksin terbukti ikhtiar terbaik dalam memastikan kita tidak dijangkiti akibat virus berkenaan. Namun antara perkara yang

menjadi perdebatan ramai di luar sana adalah soal menanti giliran pemberiannya kepada rakyat.

Datin Eina Azman & suami dah suntik vaksin…muka lepas

jab macam bulat sangat

Menerusi posting di laman Instagram miliknya, selebriti terkenal Datin Eina Azman berkongsi pengalaman memperoleh dos pertama vaksin COVID-19

bersama suaminya. Ujarnya selain merasa pening kepala sedikit, beliau turut perasan mukanya seakan ‘bulat’ selepas prosedur berkenaan. Dalam pada

itu, Datin Eina turut mengajak orang ramai untuk mendaftar program vaksinasi serta berkongsi pengalaman masing-masing.



Macam mana boleh dapat jenis Pzer-BioNTech di Ipoh…

umur pun baru 26, dia frontliner ke?



Namun tanpa disedari, ia telah mengundang kecaman netizen yang mendakwanya telah potong barisan untuk dapatkan vaksin jenis Pfizer-BioNTech.

Mereka pelik bagaimana Datin Eina Azman dan suami berjaya memperoleh rawatan tersebut di salah sebuah pusat perubatan di Ipoh sedangkan lokasi

tempat tinggal dan negeri kelahiran bukan di Perak. Mereka turut mempersoalkan bagaimana boleh dapat vaksin selain AstraZeneca kerana tidak





tergolong dalam kategori frontliners mahupun warga emas.

Belum sampai beberapa minit…posting telah dipadam



Rentetan isu tersebut, Datin Eina Azman telah memadam posting terbabit dipercayai beberapa minit selepas ia dimuat naik malam tadi. Setakat ini,

pasangan suami isteri berkenaan juga masih belum mengeluarkan sebarang ulasan atau kenyataan terhadap dakwaan-dakwaan netizen yang tular

berikut

Catat Ulasan

0 Ulasan