Pencuri Seluar Dalam Wanita Diberkas

Seorang lelaki diberkas kerana disyaki mencuri pakaian dalam wanita, menurut polis pada Khamis (1 April).

Pasukan Polis Singapura (SPF) menerima aduan pada 20 Feb kira-kira pukul 6.20 pagi daripada seorang mangsa wanita, yang berkata bahawa seluar dalamnya yang digantung di luar rumahnya di Jalan Batu dicuri. 

"Lelaki itu dipercayai terbabit dalam kes-kes lain di kawasan tersebut. Lebih 60 pakaian dalam yang dijumpai dalam simpanannya turut dirampas," menurut polis sambil menambah bahawa siasatan sedang dijalankan. 

Jika didapati bersalah kerana mencuri, lelaki itu boleh dikenakan hukuman penjara sehingga tiga tahun, didenda atau kedua-duanya sekali.

Catat Ulasan

0 Ulasan