Gara2 perangai parasiit adik ipar yg ambil kesmpatan, suami snggup nak ceraiikan aku.

 

Baca perlahan-lahan dan ambillah Pengajaran apa yg pernah berlaku kepada saya ini. Jadikan ini sebagai panduan.

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera kepada pembaca IIUMC. Di harapkan admin dapat siarkan coretan ini peringatan bersama.

Apabila adik beradik kita sama ada abang atau kakak kita berkahwin, fasa perkahwinan 1 – 5 tahun hingga 10 tahun pastinya mencabar.

Pada saat ini, masing-masing sedang diuji dengan pelbagai ujian. Tanggungan ahli keluarga bertambah serta career masing-masing akan grow. Selain career, jumplah hutang juga pasti bertambah.

Peringatan dan kisah ini untuk adik ipar dan juga mertua. Jangan diganggu keluarga anak kita. Anak yang belum berkahwin biarkan berdikari. Biar dia rasa susah kehidupan supaya dia lebih menghargai.

Saya bekerja di sektor minyak dan gas di Kuala Lumpur.

Keluarga saya hanya kecil. Mak ayah sudah pencen tapi masih cergas bekerja di kampung. Berbeza dengan keluarga suami yang kais pagi makan pagi.

Saya terima suami seadanya walaupun taraf pendidikan dan ekonomi jauh berbeza memandangkan kami berkawan sejak bangku sekolah.

Keluarga saya terima seadanya menantu mereka asalkan lelaki tersebut menjaga saya dengan baik.

Saya simpan ketat-ketat cerita rumahtangga saya. Agar tidak dihidu oleh ibu ayah.

Bila saya bekerja dan berjawatan tinggi. Saya ada beli rumah dan kereta. Cukup 1 kereta untuk kegunaan bersama. Suami pula menanggung barang2 dapur, duit sekolah anak, bil utilities.

Hidup saya terganggu dengan kehadiran adik ipar yang sambung belajar di IPTA di ibu kota. Mereka sering mengatur hidup suami saya iaitu abangnya.

Setiap minggu abangnya perlu ambil dia di hostel dan datang rumah saya.

Malah 1 bilik di rumah saya sudah jadi bilik dia. Bayangkan, saya penat bekerja setiap hari ulang alik naik LRT. Hari minggu kene melayan adik ipar. Sudahlah tidak pandai membawa diri.

Minum air gelar terbiar bersemut di meja. Kalau makan, pinggan terbiar di dalam sinki. Barangkali dia ingat saya ini bibik dia agaknya.

Adat menumpang di rumah orang, pandai2 la bawa diri. Hidup saya memang amat2 terganggu. Rumah ini milik saya. Tapi saya tiada kebebasan.

Kereta milik saya, tapi hujung minggu tidak dapat kemana-mana kerana suami guna untuk menjemput dan mengambil di hostel.

Kalau saya nk keluar berjalan pasti dia nk ikut. Saya rimas. Kalau boleh, saya nk bawa anak-anak saya je dan suami je. Kalau sebulan sekali, okay la lagi. Kalau tiap2 minggu, naik muak saya tengok muka dia.

Untuk pengetahuan semua, depan2 saya dia cakap dengan abang dia. Dah tamat belajar dia nak tinggal di rumah kami. Nak cari kerja kawasan rumah kami kerana tidak perlu fikir sewa rumah, transport, dan makan minum.

Ya Allah. Naik stress saya dengan parasit ni. Saya cuba berbincang dengan suami supaya carikan rumah sewa atau bilik sewa. Tapi kami bergaduh teruk sampai suami sanggup ceraikan saya.

Saya sangat stress. Mungkin mereka berdua ni lupa rumah tempat berteduh ini milik siapa.

Pesanan saya, Jangan la diganggu rumahtangga adik beradik. Kalau nak menumpang seminggu dua tu tak jadi masalah. Tapi kalau nak bertunggu tangga rumah adik beradik tu dah kira kacau rumahtangga orang.

Lagi 1, tengok sekali. Rumah tu milik adik beradik kita atau abang ipar atau kakak ipar kita. Kalau milik ipar, adik beradik kita sekadar menumpang. Fikirkanlah. Sebab ipar kita pun punya mak ayah dan adik beradik lain juga nak bertandang.

Adik saya sampai tak nak datang rumah sebab ipar2 dok bertenggek kat sini lama-lama. Sama juga mak ayah saya.

Rumah saya ini bukan lah besar. Apartment 3 bilik. Bayangkan lah. Kalau family saya datang, mana nk duduk kalau ipar duai 2 3 orang dok bertenggek lama2.

Reaksi warganet.

Nufaira Hilman – Cerai je kak. Amek smula kereta tu, bawak pegi kerja. Kunci rumah tu tukar. Biar dia tau langit tu tinggi ke rendah. Tetiba nak jadi mem dekat rumah org. Eh eh biawak betul ni.

Nurul Amiyah Shah – Ini la penting nya sekufu. Bukan tgk harta benda tp bila kita dibesarkan dlm keadaan “atas”, “tgh” dan “bawah”, cara pemikiran ni lain sikit. Tp bukan semua la. Suami awak tu taksedar diri ke.

Hidayu Md Shah – Kak bahaya juga ni. Kau slow talk elok2. Try lagi sekali. Kalau tak jadi lagi, try letak geran rumah atas meja makan.

Kalau tak jadi juga, kau cakap direct dengan adik ipar. Kalau husband back up adik ipar, minta mereka berdua pindah keluar.

Senang kan cara saya cakap? Sebab tak kena pada saya. Adik saya pun pernah datang menumpang tapi paling lama 3 bulan je. Kalau kena macam kau tak tau lah kak. Moga kau tabah kak.

Nurul Nisa Kaim – Tak kisahlaa itu rumah parents, adik beradik atau ipar, kita sebagai ipar tak patut masuk campur atau menyusahkan tuan rumah. TT gitau kat ipar tu klu nak stay jg kena tlg bayarkan bil utility jg. Ko ingat ko bawah umur ke kena tanggung. Aku masa dpt kerja je terus share bayar utility keluarga..masa tu gaji pun x smpai 1K.

S Hazirah Tajul Rahim – Bab nak menegur tingkahlaku ipar duai ni memang susah kalau pasangan tak bagi kerjasama. Pada pandangan pasangan tu adik beradik dan seluruh ahli keluarganya semua baik-baik belaka. Ingatkan je suami selalu biarlah bergaduh sampai nak pecah rumah tu… kot² bila hari² korang laki bini gaduh siap action terbang pinggan mangkuk, terlungkup kerusi meja adik ipar tu pulak yg tak tahan nak hadap, then blahhh dari situ hehe.

Isya Surya – Buat baik mcm mana pun pada keluarga ipar, kita tetap dianggap org luar. Bglah apa2 pun, skali buat salah, dorang akan buat semua layan kita mcm buat salah besar dan pengaruh ibu bapa mentua.
Hilang semua kebaikan kita.10 tahun kawen pun mcm xde makna.

Noraini Adam – Ckp terus terang ngan adik ipar…tp jgn sampai terluka hati masing masing…mungkin dia tsk tahu kehadirannya mengganggu…dia dr keluarga susah…ajar dia dgn elok…tlg kat dapur…mesti akan ada kemesraan antara puan dan adik ipar…ckplah hujung minggu ni bilik tu mak puan nsk guna sb dia nak dtg…jd adik kene tdo ruang tamu lah…kslau dis cerdik.. minggu tu dia duduk asrama dia je.

Sara Athirah – Malam td saya terdengar Al-Kuliyyah dimana ustaz tu mengingatkan, sebaik baik manusia adalah seorang yg paling kurang menyusahkan orang lain. First tima saya dengar. Rupa2 nya banyak hikmah ustaz tu mengingatkan sempena tahun baru, azam baru kita hendaklah berusaha berdikari dan tidak menyusahkan orang lain. Masyarakat kita makin tenat nmpaknya, institusi keluarga makin goyah. Harap tt mula ambil tindakan utk ambil balik hak sis yg dipijak pijak. Selagi kita senyap selagi tu adik ipar tu rasa dia boss besar. Iyalah, x pernah dididik utk sedar diri.

Puteri Pelangi – Sikap suka ambik kesempatan…mmg tak kemana bekas suami sis dan adik beradik dia….sb tu kene selalu ingat, sumber pendapatan keluarga tu dari mana….kalau rasa bukan adik beradik atau anak kita tak perlu nak berlebih2… Alhamdulilah… mak saya didik dari kecik, jgn terliur harta org….jgn ambik kesempatan atas kebaikan org…berusaha untuk dapat sesuatu walaupun penat kerana ia lebih berkat…insyaAllah…moga dipermudahkan urusan sis…aamiin.

Ilyanie Adam – Sorry to saya.suami pun sama parasite ..tk sedar diri..kalau saya memang saya akan warning ..saya tiap2 minggu adik beradik datang gak..tapi alhamdulilah adik beradik ipar saya bole puji sikap diaoarng.. kalau Kat umah saya or umah Sapa ringan tulang ..tk pernah dtg sepah ke apa..hormat tuan rumah .ni jenis tk hormat.

Sumber – Mawar (Bukan nama sebenar) via IIUMC.

Janji Nak Duduk Rumah Sendiri Lepas Kahwin. Tapi Bila Dah Nikah Suami Heret Isteri Duduk Sekali Dgan Mrtua. Rmh Yang Sedia Ada Suami Srh Sewakan. Akhirnya Ini Yang Jadi Pada Wanita Ini.

Janji nak duduk rumah sendiri lepas kahwin. Tapi bila dah halal masa PKP suami heret isteri duduk dengan mertua. Rumah yang sedia ada suami nekad untuk sewakan. Akhirnya ini yang jadi pada wanita ini.

Tujuan aku tulis article ni bukan untuk mengaibkan mana mana pihak. Sekadar luahan perasaan yang menghantui diri aku. Nama aku Mawar (bukan nama sebenar), aku berusia pertengahan 20-an, wanita bekerjaya status kontrak di sebuah syarikat GLC di lembanh Klang. Pendapatan aku setiap bulan sangat cukup untuk menyara diri aku seorang di ibu kota dan berbaki banyak apabila ditolak dengan peruntukan elaun ibu bapa aku di kampung.

Long story make it short, aku baru melangsungkan akad nikah awal PKP lalu. Semua kenduri terpaksa aku postponed gara gara c0vid 19. Kisah aku sedikit sebanyak berkait jugak dengan c0vid. Masa PM announced yang PKP bakal dilaksanakan seluruh keluarga aku gempak. Abah aku susah hati sebab persiapan telah dibuat memandangkan lagi 3 hari dari tarikh PKP akad dan majlis bakal berlangsung.

Setelah berbincang dengan kadi, kami sepakat adakan akad nikah dengan serba ringkas. Nak dijadikan cerita, seminggu sebelum aku menikah bakal suami aku tiba tiba maklumkan pada aku bahawa kami akan tinggal di rumah ibu bapanya setelah kami berkahwin. Aku agak terkilan sebab sejak awal percintaan lagi dah aku maklumkan pada dia yang aku tidak bersetuju jika kami perlu hidup sebumbung dengan parents baik parents aku mahupun parents dia.

Aku agak terkejut dengan apa yang dikhabarkan pada aku sedangkan kami telah bersepakat soal ini. Fyi, bakal suami aku datang dari family yang agak senang. Di daerah Seri Kembangan sahaja ada berbijik rumah. Pada aku tiada salah kalau kami duduk di salah sebuah rumah sementara kami kumpul duit untuk beli rumah sendiri. Soal bulanan, aku akan pastikan bakal suami bayar amount yang sepatutnya kepada keluarga dia kerana telah ehsan beri kami tempat brbalah.

Konflik bermula setelah aku halal menjadi isterinya. Dia yang awal berjanji untuk sediakan kediaman privacy untuk kami akhirnya mengheret aku tinggal bersama ibu bapanya. Rumah yang asalnya untuk kami tinggal, disewakan. Aku kecewa kerana dia mungkiri janji dia, dia seolah-olah sengaja menidakkan hak aku. Berkali kali aku memujuknya untuk menyewa di rumah lain sebab aku percaya pendapatan kami mencukupi untuk itu.

Alasan yang dia beri “nak kumpul duit untuk beli rumah sendiri”, setiap kali berbincang dia akan meninggikan suara dan mula gunakan kuasa vetonya. Suami merupakan anak bongsu keluarga, dia anak mak walaupun dia tidak mengakuinya. Aku menjadi tidak selesa apabila kami tinggal bersama ibu bapa kerana semua perihal rumah tangga seolah olah di atur keluarga mertua.

Bab aurat juga menjadi isu. Sayangnya suami rela melihat aku bertudung 24 jam tanpa fikirkan keselesaan aku. Belum cerita bab lain lain lagi. Aku yakin pembaca yang sudah berkahwin pasti faham bagaimana payahnya seorang perempuan hidup bersama keluarga mertua. Pada aku perkahwinan ialah tentang toleransi dan saling memahami tetapi sejak aku berkahwin aku dapat rasakan bibit bibit selfish dalam diri suami. Lebih menyedihkan bila aku ajak berbincang, dia akan mula protest dan tidur berasingan.

Aku dapatkan rasakan yang keluarga mertua belum sedia untuk melepaskan anak lelaki mereka. Persoalan pada aku sekarang, mengapa nikahkan kami sedangkan mereka masih mahu mengatur serba serbi? Ini bukan rungutan, sekadar mahu minta pandangan. Dalam keadaan aku tidak rela, adakah aku perlu terus memujuk suami atau biar sahaja rumah tangga diatur pihak ketiga?

Reaksi warganet

Erma Sobri – Sebenarnya isu yang paling besar kat sini adalah tak boleh bawa bincang. Duduk rumah mertua di awal perkahwinan takde laa perkara yang teruk sangat. Masa bercinta mesti dah boleh agak kan jenis yang boleh bawa bincang ke tidak. Ke macam mana?

Cik Padi –

Mengalah jer. Niat kerana Allah. Senang hidup nanti. Selagi ada tempat tinggal makan pakai yang cukup, alhamdulillah. Hidup untuk happy kan. Boleh buat buat happy. Buat tak happy jadi tak happy lah.

Suzanna Anna Medina –
Bukan nak menghasut. Tapi, ini lah hakikat perkahwinan. Sis, anggaplah inilah peluang. Peluang yang masyarakat taboo nak sebut (berpisah). Sebelum terlanjur punya anak, lakukan sesuatu. Dah banyak “red alert” tu. Perempuan yang malang adalah yang tersalah pilih suami. Harap puan faham.

Nur Hela – Kalau ikut nasihat jahat saya, saya cadangkan awak jadi ratu dalam rumah tu. Baju jangan sidai. Basuh basuh pastu cakap kat mertua, “Mak tolong sidaikan. Sekali spender ye”. Pinggan dah makan ko campak je dalamm sinki. Takpun biar berkulat atas meja tv. Masak ? Masak biar masin macam dalam filem P Ramlee tu. Lama lama mak dia mesti bersuara. “Oiii Acu bila ko nak bawak bini kau berambus dari sini. Berbulu mata mak dah ni… ”

Nur Mohd –
Situasi kita sama. Saya tinggal dengan mertua juga, suami pun anak bongsu. Alhamdulillah dah 4 tahun duduk dengan mertua. Sekarang dah anak sorang. Sebenarnya depends dekat kita. Kunci dia ‘Sabar’ and ‘always positive’. Jadikan mak mertua tu sebagai kawan. Hormat ayah mertua macam ayah sendiri. Dapat mertua baik pun rezeki juga.

Bagi saya, banyak kebaikan tinggal dengan mertua. At least korang pun boleh jaga diorang. Sekarang husband dah belikan rumah untuk kami, next year baru siap. Tapi saya pulak risau boleh ke kami nak duduk sendiri tanpa mertua nanti haha.

Cece Aishah –
Bertegas dari sekarang. Bab duduk sendiri memang tiada kompromi. Cakap kat dia, habis PKP ni kalau tak pindah jugak, ko duduk la dengan mak bapak ko sampai tua mereput. Jangan bagi muka dengan laki macamni sis, dari awal kahwin you kena macamtu, jangan senang dipijak. Ingat laki je ke boleh protes, bini tak boleh protes?

Rumah mertua ai ada berlambak bilik pon kami tetap menyewa sendiri sebelum beli rumah. Adik dia yang single pon dah dewasa beli rumah sendiri tak dok dengan mak bapak, tapi kami still berjumpa setiap minggu, jemput dinner etc, somi ai pon anak mak. Lemau betui laki laguni, orang kawen ko pon nak kawen.

Amira Raihana – Such a selfish guy. Menabur janji lepas tu last minute tukar plan. The heck jantan oiii.. TT pepandai laa plan pasal anak. Seriously kalau ada anak nanti nak keluar dari hubungan tksik macam ni lagi akan banyak drama.

As u said, u muda lagi. Make sure u got ur right back before anything. And as u said, sebelum kahwin duit lebihan banyak lepas tolak komitmen apa semua. Means u are able to be independent. Tak perlu bergantung kepada jantan tak guna untuk kelangsungan hidup. Korang lelaki kalau masih nak bergantung kepada keluarga lepas kahwin, tak reti nak bagi hak isteri, jangan gatal sangat nak ajak anak dara orang kahwin.

– Kakak Tulip (Bukan nama sebenar) Via IIUMC.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Catat Ulasan

0 Ulasan