Angkara dituduh amal ilmu hitam

 Suspek ditangkap selepas membunuh rakan senegaranya kerana dituduh mengamalkan ilmu hitam. - Foto Melvin Joni

Suspek ditangkap selepas membunuh rakan senegaranya kerana dituduh mengamalkan ilmu hitam. - Foto Melvin Joni

MUKAH: Berang selepas dituduh mengamalkan ilmu hitam, seorang lelaki warga Indonesia menetak rakan senegaranya menggunakan parang sehingga mati.

Ketua Polis Daerah Mukah, Deputi Superintendan Jimmy Panyau, berkata kejadian berlaku di rumah pekerja di Ladang Solar Green, di sini, kira-kira jam 7 pagi ini.

Katanya, pertengkaran berlaku sebelum kedua-dua mereka yang tinggal sebilik keluar bekerja, apabila mangsa menuduh suspek mengamalkan ilmu hitam.

"Berlaku pertengkaran antara mereka dan ketika mangsa masuk ke dalam bilik, suspek mengekori dari arah belakang dengan memegang parang dan terus menetak di belakang tengkuk mangsa.

"Mangsa terjatuh ke lantai ruang tamu sebelum disahkan meninggal dunia," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Jimmy berkata, mereka bekerja meracun rumput di ladang berkenaan.

Samurai yang digunakan suspek membunuh rakan senegaranya selepas dituduh mengamalkan ilmu hitam.- Foto Melvin Joni
Samurai yang digunakan suspek membunuh rakan senegaranya selepas dituduh mengamalkan ilmu hitam.- Foto Melvin Joni

Katanya, mayat mangsa yang berusia 32 tahun dari Ntonggu, Indonesia dihantar ke bilik mayat Hospital Mukah untuk dibedah siasat manakala suspek berusia 31 tahun dari Paradowane, Indonesia, ditahan.

Berikutan penahanan itu, parang sepanjang 80 sentimeter yang dipercayai digunakan suspek dirampas dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

sumber: berita harian

Catat Ulasan

0 Ulasan