Op Limau: 1,513 ditahan, wang pertaruhan RM1.21 juta dirampas

 Warga Malaysia yang ditahan di Singapura Julai lepas kini dalam tahanan PDRM  – JohorKini

KUALA LUMPUR: Seramai 1,513 individu ditahan dan wang pertaruhan berjumlah RM1.21 juta dirampas menerusi Op Limau bagi membanteras kegiatan judi dalam rumah dan tempat terbuka sempena Tahun Baharu Cina, sepanjang Februari lalu.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Huzir Mohamed, berkata jumlah tangkapan dan rampasan itu dilihat menunjukkan peningkatan berbanding tempoh sama tahun lalu.

"Sebanyak 203 serbuan dilaksanakan sejak 1 hingga 28 Februari lalu berbanding 141 serbuan untuk tempoh sama, tahun lalu iaitu peningkatan sebanyak 62 serbuan atau 43 peratus.

"Jumlah tangkapan turut meningkat kepada 1,513 orang berbanding 1,000 orang tahun lalu, meningkat 513 orang atau 51.3 peratus," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Huzir berkata rampasan wang pertaruhan turut meningkat kepada RM1.21 juta berbanding RM562,312 pada tahun lalu, meningkat sebanyak 116 peratus.

"Serbuan membabitkan tangkapan dan rampasan tertinggi dilakukan di Bukit Tengah, Pulau Pinang pada 13 Februari lalu berkaitan judi Pai Kaw dengan tangkapan seramai 16 lelaki tempatan, tiga lelaki warga China dan merampas wang tunai RM276,950

"Pada 21 Februari lalu, kita melakukan dua serbuan ke atas kegiatan judi Pai Kaw dan judi sisik di Endau, Mersing, Johor dan menahan 24 lelaki dan enam wanita tempatan dan wang tunai RM98,599 dirampas," katanya.

Katanya, secara keseluruhan, Op Limau 01/2021 menunjukkan kejayaan dalam usaha membanteras perjudian sempena Tahun Baharu Cina susulan peningkatan jumlah serbuan dan rampasan wang tunai.

Fokus utama operasi, katanya adalah untuk membanteras aktiviti perjudian yang ditumpukan kepada judi dalam bangunan dan judi tempat bebas yang tertakluk di dalam jadual pertama serta kedua di dalam Akta Rumah Judi Terbuka 1953.

BACA JUGA Dua ibu tunggal antara tiga dituduh tawar seks

Catat Ulasan

0 Ulasan