BACA JUGA Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB)~Permohonan Perumahan Mampu Milik Untuk Seluruh Rakyat Malaysia
BACA JUGA Semuanya Berasal Dari Indonesia?
BACA JUGA CCID: Cara Check Scammer Online (Semak No Akaun & No Telefon)
KANGAR: Sejumlah 948 kilogram (kg) daun ketum dianggarkan bernilai RM94,800 disyaki cuba diseludup ke negara jiran, berjaya dirampas pihak berkuasa dalam dua operasi berasingan, dekat sini, hari ini.
Dalam kejadian pertama kira-kira jam 3.30 pagi, 400kg daun ketum dianggarkan bernilai RM40,000 dirampas ketika Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Satu Kuala Perlis bersama Agensi Kawalan Sempadan Malaysia (AKSEM) Kuala Perlis menjalankan rondaan Operasi Benteng di pesisir Pantai Kurung Tengar.
Komander Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Satu Pulau Pinang, Asisten Komisioner Rosman Ismail, berkata terdahulu pasukan operasi berkenaan ternampak longgokan 40 bungkusan plastik hitam dalam keadaan mencurigakan di kawasan itu.
Beliau berkata, intipan dilakukan di kawasan berkenaan selama kira-kira sejam tetapi tiada sesiapa dikesan menghampiri bungkusan terbabit.
BACA JUGA Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB)~Permohonan Perumahan Mampu Milik Untuk Seluruh Rakyat Malaysia
BACA JUGA Semuanya Berasal Dari Indonesia?
BACA JUGA CCID: Cara Check Scammer Online (Semak No Akaun & No Telefon)
Katanya, pasukan operasi kemudian merampas semua bungkusan didapati mengandungi daun ketum itu dan menyerahkannya kepada polis untuk tindakan lanjut.
Dalam kejadian kedua pula, Rosman berkata, 548kg daun ketum dianggarkan bernilai RM54,800 berjaya dirampas hasil serbuan di sebuah ladang mangga harum manis di Semadong, Beseri, jam 4.15 pagi.
"Serbuan dilakukan oleh pasukan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Padang Besar bersama Unit Risik Marin (URM) Kuala Kedah dan AKSEM Kuala Perlis.
"Ketika pasukan tiba di ladang itu, mereka terserempak dengan sekumpulan lelaki yang bertempiaran melarikan diri di celah pokok mangga harum manis dengan menunggang motosikal.
"Hasil pemeriksaan lanjut, pasukan menemui longgokan bungkusan putih disyaki berisi daun ketum seberat 548kg dianggarkan bernilai RM54,800," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Seterusnya, beliau berkata, rampasan itu dibawa ke AKSEM Chuping sebelum diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.
Kedua-dua kes disiasat mengikut Seksyen 30(3) Akta Racun 1952.

0 Ulasan