Cara Daftar i-Akaun KWSP, Semak Penyata & Dividen Terkini

 

Cara Daftar i-Akaun KWSP, Semak Penyata & Dividen Terkini


KWSP telah memudahkan akses simpanan KWSP anda melalui i-Akaun KWSP Online bagi semua ahli.

Bantuan Kerajaan Lain : 👇

Melalui i-Akaun ini, kita boleh memantau transaksi caruman serta memohon e-Pengeluaran dengan lebih mudah.

Jadi, tak semestinya kita memohon pengeluaran RM10,000 daripada KWSP sebab KWSP membenarkan kita untuk membuat pelbagai jenis pengeluaran untuk membantu melegakan beban kewangan.

Di sini dikongsikan cara untuk mendaftar i-Akaun KWSP online dan diterangkan serba-sedikit tentang i-Lestari dan e-Pengeluaran.


Apakah i-Akaun KWSP?

i-Akaun KWSP adalah kemudahan yang membantu ahli KWSP menguruskan akaun dengan lebih mudah.

Dengan mendaftar, anda boleh melakukan semua urusan ini hanya di hujung jari:

- Kemaskini profil peribadi

- Semak status penamaan

- Semak kelayakan pengeluaran

- Daftar simpanan shariah

- Semak penyata KWSP

- Semak rekod caruman


Cara Daftar i-Akaun KWSP

Ahli perlu membuat pendaftaran i-Akaun terlebih dahulu sebelum menggunakan kemudahan ini.

Pendaftaran boleh dilakukan di mana-mana Kaunter KWSP.

Ahli dapat mengaktifkan i-Akaun dengan menggunakan ID Pengguna dan Kata Laluan
yang diterima selepas pendaftaran.

Pengaktifan perlu dibuat melalui laman web rasmi KWSP di www.kwsp.gov.my dalam tempoh 30 hari.

Untuk makluman, jika pengesahan berjaya, anda akan menerima ID Pengguna dan Kata Laluan sementara melalui SMS untuk pengaktifan i-Akaun (Ahli).

Seterusnya anda hendaklah mengemaskini kata laluan baharu dan mengaktifkan i-Akaun seperti di bawah.

Cara Aktifkan i-Akaun KWSP Online

1. Layari www.kwsp.gov.my, pergi kepada ikon ‘Log Masuk’ dan gunakan ID & Kata Laluan sementara yang diterima melalui SMS untuk aktifkan akaun. *Pengaktifan perlu dilakukan dalam masa 30 hari anda menerima SMS

2. Selepas anda setuju, anda perlu  pilih ID Pengguna, Kata Laluan dan Frasa Rahsia anda.*Jika ID Pengguna tidak terpilih, ID sementara akan digunakan

3. Apabila pengaktifkan selesai, anda akan menerima notifikasi berjaya di skrin anda.

4. Log masuk dengan maklumat akaun baru anda dan kini anda bertanggungjawab terhadap simpanan KWSP anda.

Semakan Penyata KWSP

Setelah selesai mendaftar sebagai pengguna i-Akaun KWSP, anda boleh membuat semakan penyata KWSP pada bila-bila masa saja.

Untuk semak penyata KWSP, sila ikuti langkah beirkut:


2. Klik pada “Penyata Tahunan Semasa / Tahun Sebelumnya“

3. Penyata Tahunan KWSP anda akan dipaparkan seperti di bawah.


Semakan Dividen KWSP

Pada 27 Februari yang lalu, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) telah mengumumkan dividen sebanyak 5.20% dan jumlah agihan sebanyak RM42.88 bilion bagi Simpanan Konvensional; dan 4.90% untuk Simpanan Shariah, dengan agihan berjumlah RM4.76 bilion. Jumlah agihan dividen bagi tahun 2020 adalah sebanyak RM47.64 bilion.

TERKINI: CARA SEMAK DIVIDEN KWSP 5.20% / 4.90%

Untuk membuat semakan dividen KWSP, sila rujuk langkah di bawah:


2. Log masuk

3. Klik View Details di menu Dividend

4. Perincian Dividen tahun 2020 akan ditunjukkan (ambil kira penolakan pengeluaran i-Lestari)



Pengeluaran KWSP Yang Dibenarkan

Selain pengeluaran i-Lestari, anda juga boleh memohon beberapa jenis e-Pengeluaran bagi tujuan tertentu sebelum berpencen atau sebelum berusia 55 tahun melalui i-Akaun KWSP online.

Antara e-Pengeluaran KWSP (sebahagian) yang dibenarkan adalah:

1. Bina rumah – Pengeluaran dari Akaun 2 untuk membina rumah

2. Umur 50 tahun – Pengeluaran dari Akaun 2

3. Perumahan fleksibel – Menggunakan Akaun KWSP untuk meningkatkan had kelayakan pinjaman

4. Kesihatan – Pengeluaran dari Akaun 2 untuk menampung perbelanjaan perubatan atau perubatan

5. Pendidikan – Pengeluaran dari Akaun 2 untuk pembiayaan pendidikan sendiri atau anak-anak

6. Beli rumah – Pengeluaran dari Akaun 2 untuk membeli rumah

7. Mengurangkan / menyelesaikan baki pinjaman perumahan – Pengeluaran dari Akaun 2 untuk mengurangkan / menyelesaikan baki perumahan

8. Perumahan PR1MA – Pengeluaran dari Akaun 2 untuk membeli rumah PR1MA

9. Ansuran bulanan pinjaman perumahan – Pengeluaran dari Akaun 2 untuk membayar ansuran pinjaman perumahan

10. Haji – Pengeluaran dari Akaun 2 untuk mengerjakan ibadah Haji

11. Simpanan melebihi RM1 Juta – Kelonggaran untuk mengurus sendiri lebihan simpanan

12. i-Lestari (berakhir Mac / April 2021)

Baca syarat-syarat lanjut untuk memohon e-Pengeluaran di SINI.

Janji Temu KWSP Online Dalam Tempoh PKP

Mulai 01 Julai 2020, Kaunter Perkhidmatan KWSP beroperasi sepenuhnya berkonsepkan janji temu menggunakan konsep janji temu yang boleh dipohon secara dalam talian menerusi Janji Temu Online. 

Hanya ahli yang membuat Janji Temu online dapat berurusan di kaunter KWSP.

Ahli KWSP boleh membuat permohonan melalui Janji Temu Online seawal 14 hari bekerja dan selewat-lewatnya 1 jam sebelum masa janji temu, tertakluk kepada kekosongan slot janji temu pada tarikh dan waktu yang dimohon.

Permohonan janji temu yang boleh dibuat melalui:

- Laman Web KWSP www.kwsp.gov.my dengan mengklik pada pautan Janji Temu Online; atau

- Menghubungi Pusat Panggilan Pengurusan Perhubungan KWSP di talian 03-8922 6000 untuk membuat permohonan janji temu.

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut, sila layari portal rasmi https://www.kwsp.gov.my/ms/home

ATAU

Lawati Facebook rasmi KWSP untuk update terkini : https://www.facebook.com/KWSPMalaysia/ / harianpost

Bantuan Kerajaan Lain : 👇

Catat Ulasan

0 Ulasan