Aku cntik, heb4t ada 2 suami. Ya aku jande. Suami keje kapal, jarang plg. Shah hadir warnai kesunyian. Ak nekad buatkn diri aku dicerraikan.

 

Aku cntik, heb4t ada 2 suami. Ya aku jande. Suami keje kapal, jarang plg. Shah hadir warnai kesunyian. Ak nekad buatkn diri aku dicerraikan.

Baca perlahan-lahan dan ambillah Pengajaran apa yg pernah berlaku kepada saya ini. Jadikan ini sebagai panduan.

Gambar sekadar hiasan. Sila baca dibawah ini untuk maklumat penuh dan lengkap bagi artikel ini. Terima kasih kerana membaca artikel ini. Mohon kongsi jika bermanafaat dan mohon maaf jika ada tersilap dan salah.

Aku wanita hebat. Apa yang kurang pada aku? Tiada. Aku comel, cantik, bekerjaya, kaya dan miliki segalanya.

Aku ada pakej yang lengkap. Cukup lengkap. Aku seorang pendidik. Aku juga antara yang terlibat dalam menulis buku teks sekolah.

Tidak cukup dengan itu. Aku juga memiliki bisnes kek sendiri. Aku merupakan anak ke 11 dari 12 beradik. Aku paling berjaya dalam kalangan adik beradik ku yang lain.

Aku memiliki dua orang anak lelaki dan pernah memiliki dua orang suami. Ye aku Janda. Pada aku, memperjuangkan hak wanita itu adalah kewajipan untuk aku.

Wanita itu harus dilayan laksana permaisuri. Bukan ditinggal-tinggalkan dan diambil kesempatan sewenangnya. Aku mahu lelaki yang setaraf denganku.

Yang sentiasa memberikan aku kasih sayang dan waktu. Perkahwinan pertama aku ketika aku berusia 25 tahun dengan seorang pegawai p0lis.

Aku telah dib0moh dan diguna gunakan oleh suami sendiri. Aku juga gagal memiliki anak kerana amalan hitam k3ji bekas suami ku ini. Namun, semua ini tidak kekal berpanjangan hanya bertahan selama 5 tahun.

Aku berjaya mengetengahkan kes ini ke mhkamah dan berjaya membuktikan kemenangan buat aku. Ternyata hal s1hir dan khur4fat ini didengari oleh hakim dan talak telah dijatuhkan.

Ketika aku berusia 31 tahun sekali lagi aku menemui cinta baru dengan lelaki yang lebih muda dari aku. Aku kenalkan dia sebagai Ean. Perkenalan kami terlalu singkat dan tidak lama kami terus diijabkabulkan.

Kami memiliki minat yang sama dalam bidang permotoran besar. Aku tekad mengahwini Ean kerana aku yakin melalui Ean aku boleh berjaya memiliki anak.

Alhamdulillah aku dikurniakan dua anak lelaki. Setelah menghampiri 5 tahun perkahwinan dan setelah memiliki anak ke dua, aku sudah tidak jumpa keserasian antara kami.

Aku bosan. Aku sunyi. Ean seorang pekerja kapal di lautan. Tidak selalu ada dengan aku. Aku menguruskan kedua anak dan kerjaya aku banyak seorang diri.

Jadi seperti tiada guna aku meneruskan perkahwinan ini. Aku boleh berdiri sendiri. Aku ada dua anak yang bijak dan comel. Aku cantik, aku kaya. Ean tidak mampu melayan aku seperti permaisuri.

Dia tidak mampu ada saat aku perlukan dia. Dia juga terlalu melengahkan untuk mengadakan pembantu rumah untuk aku. Kerjaya Ean juga tidak menunjukkan perubahan aras.

Masih di takuk yang sama. Aku mahu rumah yang besar kereta yang besar. Aku benci duduk di rumah setinggan seperti ini. Aku mahu lelaki yg stabil.

Aku perlu lelaki yang sentiasa ada dengan aku. Ketika Ean diatas kapal, aku berkenalan dengan Shah tanpa sengaja. Aku bahagia.

Terasa lengkap hubungan ini. Shah seorang lelaki yang sangat romantis. Seorang lelaki yang matang. Kacak. Sentiasa ada bila aku perlukan dia. Bergaji tinggi. Inilah yang aku mahukan dari seorang lelaki.

Setaraf dengan ku. Aku bahagia dgn Shah. Dia sangat melengkapi aku. Sepanjang ketiadaan Ean, Shah sentiasa membahagiakan aku. Melayani aku seperti permaisuri.

Shah manjakan aku. Malah pintu kereta pun dia buka kan untuk aku. Aku sangat bersyukur adik bungsu ku dan suami nya sentiasa menyokong hubungan aku dengan Shah.

Tetapi yang menjadi masalah buat aku adalah kakak dan abang ipar aku. Hubungan aku dan Shah berjaya dihidu oleh meraka anak beranak dan mereka menentang keras hubungan kami.

Hubungan Ean dan mereka sangat rapat. Aku tahu lambat laun mereka akan beritahu hal ini pada Ean. Aku perlu bijak untuk menghalang semua ini dari terlepas ke pengetahuan Ean.

Berbeza dengan adik dan iparku. Mereka sangat bersetuju aku tinggalkan sahaja Ean kerana Ean z4lim membiarkan aku menguruskan semuanya sendiri.

Hanya mereka berdua sahaja faham pend3ritaan aku selama ini. Ean terlihat naif dan baik tetapi hakikatnya dia biarkan aku derita seorang diri.

Sikap ambil mudah dan ketidakmatangan nya membuat aku semakin hilang kasih dan cinta. Dengan bantuan adik dan iparku aku bebas bermadu kasih dengan Shah.

Anak anak diuruskan sepenuhnya oleh adik ku dan suaminya. Bila tiba hujung minggu, baru aku ada masa untuk mengambil anak anak dari adik ku.

Aku masih tahu tanggungjawab ku. Cuma atas kekangan masa dan jarak memaksa aku untuk tinggal kan anak anak dengan adik dan ipar ku di Kajang.

Aku menyewa berhampiran dengan apartmen Shah di kota raya bagi memudahkan aku berulang alik ke sekolah. Segalanya sangat sempurna kini. Aku tidak lagi terbeban seorang diri.

Shah juga tidak kekok melayani anak anak ku yang masih kecil. Semuanya dia lakukan tanpa perlu aku pinta. Namun, tidak seperti perkahwinan pertamaku yang dahulu, mudah untuk aku melepaskan diri.

Ean terlihat sempurna. Aku perlu cari cara untuk meloloskan diri. Ketika Ean di lautan, Ean ada mengadu s4kit belakang dengan aku.

Ini peluang baik untuk aku mencari cara. Aku tahu ini lah saat untuk aku katakan pada Ean yang dia terkena buatan s1hir. Aku akan katakan ini semua perbuatan kakak dan abang ipar ku.

Aku tahu dia cinta dan akan percayakan aku. Setelah 3 bulan, tiba masa Ean turun ke darat. Aku suruh Ean mandi air yang aku sediakan.

Aku bagi dia minum. Aku yakinkan Ean dia memang terkena s1hir. Ean percaya semuanya. Hubungan Ean dan kakak serta ipar ku terputus.

Aku berjaya. Namun jiwa aku tetap ters3ksa. Aku rindukan Shah. Kepulangan Ean menyukarkan aku untuk bertemu dengan Shah. Aku sudah hilang rasa pada Ean. Cinta aku hanya pada Shah.

Aku rimas dengan kepulangan Ean. Aku mahu keluar. Aku nekad. Dengan bantuan adik dan adik iparku bersama Shah aku akan melarikan diri. Aku akan pergi membawa anak anak dengan ku.

Aku tidak mahu berpura pura lagi. Malam itu, Ean keluar sebentar, ibu mertua ku ada di rumah. Tapi aku yakin orang tua tu tidak ambil kisah. Aku terus keluar.

Sejurus Ean tahu aku keluar, Ean seperti biasa terlalu naif dan buntu. Ean berkali kali memohon maaf, tanpa henti memujuk aku untuk pulang. Pelbagai usaha memujuk rayu aku pulang.

Tetapi Ean silap. Itu adalah langkah pertama ku dan aku takkan berpatah balik. Sejak dari itu, bermulalah strategi aku untuk keluar dari perkahwinan ini.

Selang seminggu aku nekad untuk memohon cerrai pada Ean. Aku minta cara baik. Namun Ean menolak. Aku semakin membenci Ean. Ean menghalang keinginan aku.

Pelbagai cara aku lakukan untuk membuatkan Ean nampak d4yus. Aku s3ksa ment4l Ean dengan melarikan diri bersama anak anak.

Sebab aku tahu kelemahan Ean adalah anak anak. Jika aku s3ksa ment4l Ean, aku pasti Ean akan bertindak g4nas.

Semua itu boleh dijadikan asbab kelak untuk aku buktikan Ean lelaki d4yus. Aku tiada bukti untuk membuat tuntutan fasakh terhadap Ean. Segalanya dia laksanakan dengan baik.

Pelbagai usaha Ean lakukan untuk aku pulang semula. Namun, keinginan aku mengatasi segalanya. Aku keluarkan s4man cerrai terhadap Ean.

Aku nyatakan pada s4man tersebut Ean pukl aku dan tidak melaksanakan nafkah dengan baik. Aku yakin dengan kuasa wanita aku aku berjaya meyakinkan hakim nanti.

Ean sendiri tidak berdiam diri, dia mula mengambil lawyer untuk lawan kes kami. Tetapi, setelah aku fikir kan ada baik aku menarik s4man sahaja semula, kerana Ean tetap tidak akan lama di darat.

Aku bebas untuk buat apa sahaja. Anak anak pun masih dengan aku. Segalanya sempurna hampir setahun.

Ean akhirnya tahu hubungan aku dan Shah, melalui kakak kandungku dan abang ipar ku. Namun Ean masih merayu aku untuk pulang. B0 dohkan Ean. Haha.

Pujuk rayu Ean aku abaikan. Aku rasa kosong. Aku rasa benci. Pada aku, aku hanya perlukan Shah dalam hidup aku. Aku di zon selesa.

Biarlah tergantung pun, asal aku miliki kepuasan. Namun, Ean yang aku sangkakan hanya diam tak berkutik nekad menculikk anak sulungku dari taska pada hujung tahun lepas. Ean dgn bantuan kakak kandungku berjaya melarikan Irfan anak sulungku dari taska.

Kebenciian aku pada Ean dan kakak kandungku semakin meluap meluap. Aku rela putus saudara dengan kakak ku. Dia begitu k3ji menyebelahi iparnya dari saudara kandungnya sendiri.

Bayangkan naluri ku sebagai seorang ibu terpisah dengan anak lebih dari sebulan lamanya. Aku mula mengatur langkah. Aku membuat laporan p0lis.

Aku pergi dengan p0lis menyerbu rumah Ean. Dari malam hingga ke lewat pagi aku bersama p0lis dan Shah menunggu di hadapan rumah Ean diiringi siren p0lis.

Namun Ean dan Irfan entah ke mana. Aku pulang dengan hampa. Aku tekad. Aku akan buat pelbagai tuntutan. Termasuklah hak hadinah. Akan tetapi, kami masih sah suami isteri.

Ini sangat membataskan aku. Aku perlu akhiri perkahwinan ini dahulu sebelum menuntut hak hadanah. Aku failkan semula saman cerrai.

Dengan kuasa wanita dan seorang ibu, aku berjaya mendapatkan semula anak ku dengan perintah mhkamah secara serta merta. Aku menangis semahunya ketika Irfan dalam dakapan ku. Aku rindukan dia.

Aku hampir hilang ny4wa. Setelah aku mengambil semula Irfan, aku tekad. Aku tahu Ean takkan berhenti. Dia pasti akan cari cara untuk lawan hak hadinah nanti.

Jadi aku perlu selangkah lebih bijak dari Ean. Aku akan bawa kes ini ke sivil walau apa cara sekali pun. Syariah sahaja akan melambatkan urusan aku.

Aku yakin. Aku takkan GENTARRR. Aku nekad. Kes syariah, cerrai tetap berjalan, Ean tidak mudah untuk melepaskan aku sebab aku tahu dia terlalu cintakan aku.

Aku HOT. Mana mungkin dia mahu lepaskan aku semudahnya. Dengan kebijaksanaan aku dan bantuan adik ipar ku yang merupakan seorang koperal p0lis ahirnya aku berjaya membuktikan.

Ean mend3ra anak aku Irfan sewaktu Ean mencvlik anak kami. Ean ditngkap polis pada hari sama kes syariah kami berjalan. Aku rasa puas dapat lihat Ean meringkuk dalam l0kap.

Berhari2 Ean direman dan Ean ketika pertuduhan dia mengaku tidak bersalah. Aku berjaya mencalarkan profil Ean. Jika benar dia tersabit sudah pasti hak hadinah dimiliki hanya oleh aku.

Oh.. Untuk pengetahuan kalian Ean juga memfailkan tuntutan nusyuz terhadap aku. Tapi Ean b0 doh di Malaysia ni aku takkan terkesan sebagai hadinah untuk kes nusyuz ni. Hahahaa.

Dasar sia sia. Sepanjang panggilan untuk kes nusyuz tak pernah sekali pun aku datang. Semak je. Tapi paling b0doh sekali selain ibu mertua ku.

Yang menjadi saksi untuk kes nusyuz aku adalah kakak kandung dan anak buah aku sendiri. Sudahlah miskin b0doh pula. Sanggup mengaibbkan adik kandung sendiri dibanding adik ipar d4yus dia tu.

Sedari awal, Ean dan kakak ku cuba untuk menangkap kh4lwat aku berkali kali. Namun mereka gagal. Sedangkan JAWI pun tidak sebok hal aku.

Mereka nak tunjuk hero nak kant0ikan aku. Kelakar. Setelah berkali kali turun naik mhkamah untuk kes cerrai kami. Setelah dua tahun aku ters3ksa.

Ahkirnya Oktober tadi kami sah bercerrai. Lafaz talak dilafazkan oleh wakil Ean. Nampak sangat lafaz Ean tak laku untuk aku. Aku tidak kesah Ean membuat tuntutan apa pun. Yang aku mahu cuma CERRAI.

Shah sangat setia menemani aku di luar mahkamah. Kasihan Ean. Usai cerrai aku sudah ada Shah. Ean ada siapa? Duda lah kau sampai ke tua. Dasar tak laku.

Aku ada anak anak. Aku tidak akan sesekali biar anak anak berjumpa dengan Ean. Walau apa cara sekali pun, aku melarikan anak anak dari Ean.

Biar Ean menderita tanpa anak anak. Aku akan pastikan Ean terbukti bersalah untuk kes d3ra tu nanti. Tersabit Ean kelak maka terkburlah hasrat Ean untuk bertemu anak selamanya.

Ini harga yang Ean perlu bayar setelah mencvlik Irfan tempoh hari.Segala bukti aku cukup lengkap. Kau tunggu nasib kau Ean.

Kau gigit jarilah tengok aku bersama Shah dan anak anak. Kau merana lah seorang diri sehingga m4ti.

Aku sangat yakin kes d3ra ini akan membelenggu hidup kau, kerjaya dan masa depan kau. Nasib pun sentiasa menyebelahi aku dengan kes pandemik ini semua kes mhkamah akan berpanjangan.

Semua ini karma untuk lelaki d4yus macam kau. Bukankah patut Ean berundur diri sebagai Hadinah? Dia tak layak langsung pun. Kerja di lautan berbulan-bulan.

Mampu ke dia nak jaga anak anak? Diri sendiri pun tak terjaga. Kau duduk jela diam sana. Kerja pun setakat cuci kapal. Ada hati nak jaga anak anak? Kau tu tak mampu. Aku mampu.

Lebih dari mampu. Kerjaya aku stabil. Aku cikgu. Aku ibu. Aku ada hak mutlak. Masa aku banyak. Adik dan ipar ku juga tiada masalah untuk membantu aku mengurus kan anak anak.

Dia ada siapa? Tolonglah Ean kau sedar diri. Mengalah jelah. Hiduplah kau mereput dengan kes jenyah kau itu.

Buat bekas suami ku Ean sayang, nikmatilah hidup kau sementara kau belum disabitkan d3ra ini. Dan teruskan bermimpi untuk bersama dengan anak anak kembali. – Rara (Bukan nama sebenar)

Reaksi warganet

Nur adilah – s0cial experiment lagi ke ni? dia kata dia hot comel cantik, sorry tak nampak sebab tak letak full b0dy image kan. tapi kalau kurang bijak tu macam jelas bercahaya la. kata cikgu, penggubal buku teks lagi, eja hadhanah pun tak betul, hadhanah ye bukan hadinah.

kata kaya, tapi duduk rumah sewa? hmmm..point banyak tak matching ni. nak suami yang selalu ada disisi.

bos saya kata lelaki yang banyak duit selalunya tak banyak masa. lelaki yang banyak masa biasanya tak banyak duit. nampak make sense kata bos saya tu.

Nak jadi permaisuri tapi nak setia dengan satu suami pun susah macam nak suruh pergi m4ti. banyak perempuan menderiita sebab suami tak baik. dia ni dah dapat yang baik pergi campak campak, fittnah macam macam. tengok tajuk memang la tak gentar.

sebab belum kena lempang dengan ujian Allah. sekali tuhan uji kot tak mampu nk tegakkan tulang belakang kot. doa orang yang diz4limi sangat dekat dengan Allah tau. watch out your step.

Takut esok tiba tiba jatuh cinta ikat m4ti dengan sk4ndal baru, tiba tiba kena dump, duit kena kikis, b0dy pun dah lunyai, mungkin ada ruang sikit kot nak guna fungsi otak dengan baik?

Thihani solehah – Hahaha aku baca macam cerita dongeng. First, kau tu penggubal buku teks.. So lepasni tak payah la nak heret sekali dalam cerita kau ni.

Ada akta kan? Sain borang merah ke idok? Kau punya sikap ini aku baca.. Keakuan. Dari mula sampai habis kau saja yang betul.

So baik kau muhasabah diri kau balik ok. Cikgu kan? So boleh la berfikir secara kbat. Seterusnya kau ini gila tau kak… Ada suami pergi cari jantan lain.

Yang si shah tu apa ke b0 dohnya melayan isteri orang. Sekali lagi cerita sampah macam ini ada dalam page ni. Sila bertaubat. Tahun depan jangan buat buku teks lgi la kak oii.. Buat soalan periksa pun jangan tau.

Che long miera – Astagfirullahhal’azim.. Tak sanggup nak baca sampai habis.. Ingat 1 je sis.. Syurrga itu mahal, bukan senang2 nak dpt syurga.

Kalau kawen dgn sipolan asyik tak puas hati, kawen lah berpuluh kali ttp tak kan jumpa keserasian dan kebahagiaan.. Asyik nampak salah suami je, kesalahan diri sendiri tu tak pernah nampak..

Hidup kene selalu bersyukur dgn apa yg ada, syukur dpt suami yg baik, walaupon x perfect.

Setiap wanita mahukan suami sentiasa ada disisi, tp kalau dah suami tu kerja x boleh ada disisi kene belajar terima.

Ingat, wanita yg minta cerrai sbb nak kan lelaki lain walaupon suami tu dah sehabis baik jaga rumahtangga.

Allah tak kan bg hidup dia tenang dan bahagia walaupon dia nampak lelaki lain tu jauh lebih baik & bagus dari suami sendiri..

Sbb bila tiada keredhaan walaupon suami tu dah jd bekas suami Allah tak kan bg kte tenteram selagi bekas suami tu tak maafkan kesalahan kte..

Allah Maha adil, bukan tuhan awk sorang je, apa yg awak nak sentiasa dpt.. Hidup bukan tahu nak enjoy je, kene fikir kte ni dah beri manfaat dkt org tak, bukan hanya tahu org lain je bg manfaat dkt kte.

Sumber IIUM.

Catat Ulasan

0 Ulasan