Syor benarkan rentas negeri

a group of people standing around a table: Razali (dua kiri) melihat produk dijual usahawan ketika merasmikan Program Jualan Segar Anjung Usahawan Ketengah di Pasar Pusat Komuniti Desa, hari ini. - FOTO BAHAROM BAKAR.Razali (dua kiri) melihat produk dijual usahawan ketika merasmikan Program Jualan Segar Anjung Usahawan Ketengah di Pasar Pusat Komuniti Desa, hari ini. - FOTO BAHAROM BAKAR.

DUNGUN: Kerajaan dicadang mempertimbangkan permohonan rentas negeri sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) bagi membantu sektor pelancongan yang semakin tenat.

Pengerusi Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH), Senator Datuk Razali Idris berkata, jika permohonan rentas negeri diluluskan, kerajaan disaran memperketatkan prosedur operasi standard (SOP) bagi mengelak penularan pandemik COVID-19.

Beliau berkata, antara cadangan dikemukakan bagi memperkukuhkan permohonan kebenaran rentas negeri adalah setiap pengunjung yang datang dari kawasan zon merah wajib melakukan ujian saringan kesihatan.

"Kerajaan juga perlu mengeluarkan surat pengesahan dan kebenaran kepada individu, terutama dari zon merah yang disahkan tidak bergejala bagi membolehkan merentas negeri.

"Saya sendiri sudah menghubungi Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memohon kelonggaran rentas negeri diberi pertimbangan bagi membantu tingkatkan ekonomi melalui sektor pelancongan," katanya pada media selepas merasmikan Program Jualan Segar Anjung Usahawan Ketengah di Pasar Pusat Komuniti Desa, di sini, hari ini.

Yang turut hadir, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Ketengah Holding Sdn Bhd (KHSB), Mohd Zaid Sulaiman dan Timbalan Pengurus Besar Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (Pembangunan), Zainuddin Md Zaki.

Razali yang juga Timbalan Majlis Senator Malaysia (MSM) berkata, Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) diumumkan kerajaan Sabtu lalu tidak memberi impak kepada sektor pelancongan kerana rentas daerah dan negeri masih tidak dibenarkan.

Katanya, sektor pelancongan yang juga penyumbang utama kepada ekonomi negeri terjejas teruk sejak pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Januari lalu.

"Industri pelancongan terjejas termasuk destinasi pelancongan di Terengganu seperti Tasik Kenyir turut menerima tempias.

"Penggiat industri pelancongan terutama di Tasik Kenyir akan mematuhi setiap arahan termasuk memperketatkan SOP jika kerajaan mempertimbangkan permohonan merentas negeri," katanya.


BACA JUGA tolonglah positif dan bersangka baik'syura

Catat Ulasan

0 Ulasan