PETALING JAYA: Kes kemalangan membabitkan lori kontena, treler, lori dan kereta di Kilometer 14.5 Lebuhraya Lembah Klang Baru (NKVE) yang menyebabkan seorang lelaki dan wanita maut Jumaat lalu menimbulkan misteri apabila sebuah motosikal dalam keadaan enjin masih hidup ditemui di lokasi kejadian
![]() |
| GAMBAR HIASAN |
BACA JUGA KELUARGA PENGANTIN TERTEKAN
.
Menjadi tanda tanya sehingga ke hari ini juga penunggang motosikal berkenaan, Amir Hamzah Mohd Rozali, 23, gagal dikesan dan dikhuatiri turut menjadi mangsa kemalangan tragis berkenaan.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Asisten Komisioner Mohd Zani Che Din berkata, maklumat penemuan motosikal itu dimaklumkan kepada abang yang kemudian membuat laporan polis.
group Telegram: https://t.me/ageretorg
Katanya, menerusi siasatan dijalankan, lelaki itu yang menunggang motosikal jenis Yamaha LC135 berwarna merah dipercayai berhenti untuk membantu mangsa kemalangan apabila sebuah treler membawa muatan kampit simen terbabas sebelu
“Lelaki itu dipercayai hilang selepas berlaku kemalangan kedua apabila sebuah lori kontena merempuh sebuah lagi lori yang kemudian menghimpit sebuah kereta jenis Honda Civic.
“Kejadian itu dilihat oleh dua lelaki yang kemudian menemui helmet dipakai mangsa dalam keadaan pecah di atas jalan,” katanya ketika dihubungi hari ini.
Mohd Zani berkata, abang mangsa yang menerima maklumat mengenai penemuan motosikal semalam adiknya kemudian bergegas ke lokasi kejadian sebelum menemui beg pinggang di bahagian bawah jambatan pada jam 10.30 pagi.
“Bertindak atas penemuan itu, bermula semalam, operasi mencari mangsa yang dikhuatiri terjatuh ke dalam Sungai Kayu Ara dengan bantuan bomba dan unit anjing pengesan giat dijalankan.
“Malah, usaha mencari juga dibuat di lokasi simen dibuang namun tidak menemui apa-apa termasuk petunjuk yang boleh dikaitkan dengan kehilangan mangsa,” katanya.

Post a Comment