
group Telegram: https://t.me/ageretorg
KUALA LUMPUR: Polis menahan enam warga China termasuk dua wanita kerana disyaki terbabit sindiket perjudian dalam talian, semalam.
Dalam serbuan di sebuah premis dijadikan lokasi judi sekitar Mont Kiara, di sini, pada jam 7 malam itu, sepasukan anggota daripada Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Brickfields menangkap semua suspek berusia antara 20 hingga 30 tahun.
Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Anuar Omar, berkata turut dirampas tiga komputer riba, 10 telefon, satu papan kekunci, tiga tetikus dan enam modem bagi membantu siasatan.
"Hasil siasatan dan pemeriksaan, polis mendapati sindiket itu aktif sejak enam bulan lalu dengan menjalankan aktiviti perjudian dalam talian bagi pasaran China.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 4(1)(g) Akta Rumah Judi Terbuka 1953 dan Seksyen 39(b)/6(1)(c) Akta Imigresen 1963," katanya dalam kenyataan, malam ini.
Beliau berkata, orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan boleh menghubungi polis Kuala Lumpur di talian 03-2115 9999, polis Brickfields (03-2297 9222) atau mana-mana balai polis berdekatan.
Post a Comment