COVID-19: Pendaftaran untuk terima vaksin COVID-19 melalui laman web dan hotline dibuka 5 Mac


Selepas bermulanya Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan pada 24 Februari 2020, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah mengumumkan yang pendaftaran suntikan vaksin COVID-19 melalui laman web vaksincovid.gov.my dan hotline akan dimulakan 5 Mac 2021.

Laman web dan hotline adalah salah satu daripada 5 saluran pendaftaran yang diwujudkan kerajaan. Terdahulu, pendaftaran melalui APP MySejahtera sudahpun dibuka. Menurut YB Khairy, setakat jam 4:30 petang 24 Februari 2021, kerajaan sudahpun menerima lebih 500 ribu pendaftaran untuk mendapatkan vaksin.

Dua lagi saluran yang boleh digunakan penduduk Malaysia untuk mendaftar adalah semasa program outreach ataupun anda boleh hadir sendiri ke klinik kerajaan yang berhampiran. Saluran ini diadakan oleh pihak KKM untuk populasi yang tidak punyai akses Internet ataupun telefon seperti di luar bandar.


BACA JUGA Letupan lombong emas China disebabkan penyimpanan haram

Catat Ulasan

0 Ulasan