
group Telegram: https://t.me/ageretorg
BACA JUGA KEHILANGAN MISTERI PENUNGGANG MOTORSIKAL
JOHOR BAHRU: Kegiatan sekumpulan mat rempit melepaskan 'gian' berlumba dan membuat bising lumpuh apabila polis membuat serbuan di Lebuh Raya Senai-Desaru, di sini, malam tadi.
Dalam operasi jam 8 malam itu, tujuh mat rempit yang sedang berlumba ditahan sepasukan 13 anggota dari Jabatan Siasatan Jenayah dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) negeri selepas mendapat maklumat awam.
Ketua JSPT IPK negeri, Superintenden M Kumarasan, berkata ketika serbuan anggota polis mendapati, tujuh lelaki terbabit sedang berlumba dengan melakukan aksi berbahaya di jalan raya.
Beliau berkata, hasil soal siasat mendapati, mereka yang ditahan memberi alasan berlumba untuk melepaskan gian ketika tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) kali ini kerana kebosanan.
"Semua yang ditahan berusia antara 17 hingga 23 tahun kemudian dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seri Alam untuk tindakan lanjut.
"Kes disiasat mengikut Seksyen 42 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987, Seksyen 108 APJ 1987 serta tindakan kerana ingkar PKP," katanya dalam kenyataan hari ini.
Kumarasan berkata, tujuh motosikal pelbagai jenama disita dan saman turut dikeluarkan atas pelbagai kesalahan.
"Ujian air kencing mendapati seorang daripada tujuh yang ditahan positif dadah jenis methamphetamine.
"Suspek disiasat mengikut Seksyen 15(1) Akta Dadah Berbahaya 1952," katanya.
Post a Comment