Tasik Nyos yang terletak di Cameroon merupakan tasik yang terbentuk akibat kesan ledakkan gunung berapi pada zaman lampau. Tasik ini mempunyai kedalaman 682 kaki mempunyai sejarahnya yang tersendiri.
Tasik boleh meletup? Ya, ramai tak percaya tasik Nyos ini meletup pada tahun 1986. Apakah punca tasik ini meletup?
Kandungan karbon dioksida yang tinggi terkeluar akibat tekanan yang semakin meningkat berada dibawah permukaan air dan akhirnya tasik ini meletup malah menyebabkan gas tersebut tersebar. Ibarat anda goncang sebotol air pepsi atau coke dan buka penutup secara mendadak.
Seramai 1746 orang dan lebih 3000 haiwan ternakan mati akibat terhidu gas yang tidak berwarna malah tiada bau ini. Kejadian ini berlaku pada waktu malam dan menyebabkan tsunami setinggi 25 meter hentam beberapa buah kampung disitu.
Sebanyak 1.6 juta tan gas telah mengalir keluar dari permukaan tasik dengan kelajuan 100kmj dan turun ke kampung dan bandar berdekatan, melemaskan penduduk dan haiwan dalam radius sekitar 25 kilometer dari tempat kejadian.
Karbon dioksida mula mengambil alih okisgen yang terkandung didalam udara dalam tempoh beberapa minit sahaja, ramai yang tidak menyedari kehadiran gas beracun ini kerana tiada bau dan warna.
Ahli kaji bumi yang membuat kajian dikawasan tersebut mendapati, kemungkinan besar tanah runtuh di dasar tasik yang menyebabkan tekanan gas dalam tasik terkeluar dan sekali gus meletup. Air tasik yang kelihatan biru bertukar menjadi merah.
Penduduk yang terselamat dari bencana ini rasa pelik dan hairan bila ada diantara mereka yang pulang bekerja dan mendapati ahli keluarga meninggal dan haiwan ternakan mati, kiri kanan rumah jiran semua meninggal.
Akibat dari kesan yang teruk, pihak berkuasa negara tersebut telah membuat satu kajian lengkap dan cara untuk mengatasi masalah ini.
Mereka telah mengerudi dan memasang paip untuk mengeluarkan gas yang masih lagi terkandung didalam tanah. Paip itu bertujuan membenarkan gas keluar secara semula jadi.
0 Ulasan