Cerita fantasi Disney yang terkenal iaitu Beauty and the beast mengisahkan tentang seorang putera yang disumpah. Namun mungkin ada yang tidak tahu kisah benar yang berlaku disebalik kisah ini.
Cerita ini merupakan satu kisah yang betul-betul terjadi sekitar tahun 1500, seorang budak lelaki yang bernama Petrus Gonsalvus mempunyai bulu yang lebat dibahagian mukanya.
Dia yang dilahirkan pada 1537 di pulau Canary mempunyai genetik yang ganjil dikenali sebagai hypertrichosis atau lebih dikenali dengan panggilan sindrom serigala. Sindrom yang ganjil ini menyebabkan seseorang ditumbuhi bulu yang lebat dan tebal disekitar muka, dikatakan kurang dari 100 orang yang mempunyai sindrom ini.
Petrus Gonsalvus ketika itu bernasib malang apabila dikurung dalam sangkar dan dibawa ke Perancis sebagai hadiah pertabalan Raja Henry Kedua. Kemudiaannya dia dikurung didalam penjara bawah tanah, dan ketika itu dia dijadikan bahan kajian oleh doktor, dia juga diberikan daging mentah, namun nasib yang baik menyebelahinya apabila doktor memberitahu yang dia merupakan seorang manusia dan bukannya haiwan.
Dengan itu Raja Henry telah membuat keputusan supaya petrus diberikan pendidikan seperti orang lain dari situ dia mula belajar beberapa bahasa termasuk bahasa latin dan keadaan rupanya tidak sedikit pun menjejaskan dia untuk menjadi seorang yang terkenal dikalangan orang bangsawan.
Setelah raja Henry mangkat, isterinya Catherine De Mieci yang menaiki takhta ketika itu mencari calon isteri untuk Petrus, dengan niat untuk dijadikan bahan ketawa. Dia ingin mencari seorang wanita cantik tanpa memberitahu keadaan sebenar bakal suaminya itu.
Lalu dia menjumpai dengan seorang perempuan yang bernama Catherine, lalu mereka berkahwin dan dikurniakan 7 orang anak, 4 daripada mereka mempunyai sindrom yang sama seperti bapa mereka.
Keluarga mereka diarak di Eropah, tanpa pengetahuan mereka yang sebenarnya keluarga itu dijadikan sebagai tontonan pelik pada golongan tertentu disebabkan oleh faktor wajah berbulu.
Malah beberapa anak mereka juga telah dijadikan sebagai hadiah kepada golongan bangsawan yang lain, mereka dilayan seperti keluarga haiwan dan dijadikan bahan ketawa golongan orang kaya ketika itu.
0 Ulasan