Cahaya Superflare landa abad ke 21 yang mengakibatkan barang elektronik musnah.



Kecanggihan teknologi yang ada pada abad ke 21 ini banyak membantu manusia untuk uruskan kegiatan harian, tidak lagi bergantung pada haiwan seperti burung untuk hantar surat atau kuda untuk bergerak dari destinasi A ke B.
Tapi dalam kecanggihan yang ada, manusia sebenarnya terdedah pada satu ancaman yang cukup membuatkan manusia panik dan melumpuhkan ekonomi setiap negara. Ancaman bukan datang dari negara Korea Utara atau Iran atau Israel tapi dari matahari kita sendiri.
Bumi sebenarnya terdedah pada 'solar flare' atau 'solar storm' atau nama popularnya Corona Mass Ejection matahari akan 'memuntahkan' sinaran kosmik yang mampu merosakkan alatan elektronik yang ada, dan perlu ingat setiap barangan canggih memang diperbuat dari elektronik.
Tapi apakah dengan kehadiran solar flare atau ribut solar ini memberikan impak yang besar pada bumi?
Ya, memang memberi kesan yang amat besar jika tenaga yang dilepaskan oleh matahari itu sangat tinggi, dan sudah ada dalam lipatan sejarah berlakunya serangan ribut solar ini.
Berlaku pada tahun 1859 di Amerika, ribut solar yang berlaku ketika itu memusnahkan sistem telegraph, telegraph ketika itu dianggap seperti internet masa kini.
Apa yang membimbangkan ialah, kajian terbaru yang datanya diambil dari Teleskop Kepler mendapati dalam jangka masa 100 tahun, bumi akan dibadai dengan ribut solar yang cukup kuat.
Kekuatan ribut solar yang dijangka melanda bumi dalam masa 100 tahun lagi akan mematikan banyak alatan elektronik, cuba bayang apabila ribut solar berlaku, kesan magnetik yang cukup kuat sudah mampu membakar alatan elektronik, pergi bank ATM mati, nak telefon kawan, telefon pulak mati, bukak komputer pun sama.
Bukan itu saja, satelit juga akan terjejas teruk, dan mungkin hilang kawalan dan jatuh ke bumi, dari situ kita akan tahu bertapa susahnya nak hidup disebabkan kejadian macam ni. Hampir kesemua benda akan lumpuh dalam sekelip mata sahaja. Mungkin ambil masa yang sangat lama untuk memulihkan kembali sistem yang ada dan kos untuk pulih sistem akan meningkat tinggi.
Tidakkah kita akan rasa panik apabila benda ini akan terjadi? 100 tahun hanya anggaran masa sahaja, tapi hakikatnya ribut solar yang teruk sudah berlaku dan kesan pada ekonomi amatlah teruk ketika itu, kerugian mungkin tidak lagi mencecah bilion tapi Trillion dollar disebabkan hampir kesemua benda yang bersifat elektronik akan musnah.
Sudah tentu rumah atau bangunan tidak ada aliran elektrik disebabkan jana kuasa juga terjejas teruk, waktu tu kita boleh nampak bandar yang dulunya terang kini gelap gelita, paling hampir dengan kejadian ini ialah di Venezuela apabila janakuasa disana mengalami masalah, hampir beberapa hari jutaan orang bergelap.
Apa pun, perkara ini akan tetap terjadi, cuma bersediakah kita menghadapinya?

Catat Ulasan

0 Ulasan