Kebiasaannya apabila melihat monyet yang berkeliaran di tepi jalan, ada yang akan menghulurkan makanan seperti pisang untuk mereka makan. Namun lain pula yang berlaku kali ini apabila sekumpulan monyet ini terkesima melihat seekor anak monyet yang ditayangkan pada mereka.
Video reaksi terkejut dari sekumpulan monyet ini turut tular dikongsikan apabila ianya meraih lebih dari sejuta tontonan setakat ini. Malah rata-rata netizen juga turut sama terhibur melihat reaksi terkejut mereka ini yang seolah-olah tidak percaya dengan apa yang dilihat.
Di dalam video yang dikongsikan ini, pemilik anak monyet itu dilihat berada di dalam kereta bersama-sama anak monyet yang dipeliharanya ini. Dia kemudiannya menunjukkan anak monyet itu pada sekumpulan monyet yang berada di tepi jalan.
Sebaik sahaja melihatnya, sekumpulan monyet itu dilihat sangat terkejut dan tertarik untuk melihat anak monyet di dalam kereta itu. Malah mereka juga tampil ke hadapan untuk melihat anak monyet itu dengan lebih dekat.
0 Ulasan