“Pada Awalnya Memang Nak Ambil Tind4kan, Tapi…,” – Lan Pet Pet Pilih Maafkan Individu Sebar Fitn4h, Tak Jadi S4man


Pelawak dan usahawan, Lan Pet Pet menafikan dkwaan dia dikatakan melakukan aktiviti menjual barangan terl4rang sekali gus tampil membuat penjelasan berhubung satu video tular yang diambil secara cur1 oleh seseorang, baru-baru ini. Lan atau nama sebenarnya, Mazlan Ahmad berkata dia pada mulanya ingin mengambil tind4kan terhadap individu yang menyebarkan video serta memfitn4hnya, namun menarik semula hasrat tersebut selepas mendapat khidmat nasihat peguam.

Malah anggota kumpulan Senario ini juga mengambil pendirian untuk memaafkan individu serta sesiapa saja yang turut menyeb4rkan video tersebut hingga dia dikec4m di laman sosial. Pelawak berusia 52 tahun itu ditemui pada sidang media di Kompleks Mahk4mah Tinggi Shah Alam, Selangor, pada Jumaat.

“Saya tak jual barang terl4rang seperti yang didkwa… apa yang ditul4rkan itu hanyalah jual beli ubat untuk lelaki. Saya tampil untuk menjelaskan keadaan sebenar. Pada awalnya memang nak ambil tind4kan.

“Tapi selepas berbincang dan mendapatkan nasihat peguam, saya tarik hasrat tersebut. Saya boleh teruskan saja tindakan itu sehingga menyebabkan individu tersebut perlu membayar jumlah yang besar.

“Tetapi saya ada belas kasihan dan enggan membiarkan reputasi saya terc4lar. Lagipun, saya sudah memaafkan individu dan semua yang telah menyeb4rkan video tersebut selain memfitn4h saya,”katanya.

Sementara itu menerusi satu hantaran yang dimuat naik dalam Instagram miliknya beberapa hari lalu, Lan mendedahkan dia mengambil serius hal tersebut kerana berunsur fitn4h dan boleh meng4ibkan nama.

Pada masa sama, Lan turut sedar terdapat segelintir pihak yang menyifatkan video tul4r terb4bit sebagai salah satu gimik untuk dia menjual produknya. Namun, menurut Lan, dia lebih berasa sedih apabila ramai netizen yang melemparkan kata-kata kes4t terhadap keluarga, ibu dan arw4h bapanya.

“Saya tahu ada segelintir pihak yang menganggap apa yang berlaku hanya gimik untuk saya menjual barang. Tapi, ini bukan gimik. Saya tak perlukan gimik atau sebagainya untuk menjual produk saya.

“Tapi sejujurnya saya agak sedih dan terkilan apabila ramai orang kec4m keluarga saya termasuk ibu serta arw4h bapa saya. Saya rasa sebak apabila terkenang wajah arw4h bapa,” ujarnya.

Pada 5 Ogos lalu, tular sepotong video di Twitter yang memaparkan seorang individu seperti sedang menjalankan urusan jual beli dalam keadaan mencurig4kan bersama seorang penunggang motorsikal. Dia kemudian keluar dari kenderaan yang dipandunya dan terus meluru ke arah perakam, sejurus menyedari ia dirakam.

Menerusi ciapan dalam Twitter yang telah dip4dam itu, rata-rata netizen mulai berteka-teki seterusnya memetik nama Lan Pet Pet sebagai pelawak yang didkwa berdasarkan loghat percakapannya pada ketika itu.

Catat Ulasan

0 Ulasan