Pasti ramai mengenali pelakon , penyanyi dan juga usahawan Betty Rahmad yang merupakan adik kepada pengarah dan pelakon popular Erma Fatima dan juga Umie Aida.
Memuat naik sekeping gambar menunjukkan dirinya sudah mula berhijab disertai kapsyen yang meminta doa orang ramai agar dirinya istiqomah.
Turut membuat IG live semalam bersama kedua-dua kakaknya semalam, dimana membuatkan mereka tiga beradik mengalirkan air mata sebak melihat perubahan yang lebih baik dari adiknya itu. Umie turut mengatakan bahawa mereka adik beradik tidak pernah bercakap benda begini secara depan-depan, hanya sekadar menegur agar berpakai elok-elok sedikit. Kerana dia percaya hidayah Allah itu bila-bila masa sahaja akan sampai.
Manakala Erma pula seakan tidak percaya, dan menyangka Betty sekadar bergurau. Rupa-rupanya Betty memang berhijab betul-betul.
Alhamdulillah syukur padanya atas hidayah. Sama -sama kita mendoakan agar Betty istiqomah.
Menjengah ke ruangan komen, ramai yang bersyukur dan sebak melihat perubahan diri Betty. Turut meninggalkan komen, rakan-rakan artis yang menyokong tindakan Betty untuk berhijab dan mendoakan agar Betty istiqomah.
0 Ulasan