P0Iis Akan AmbiI TIndakan SeIepas TuIar F0to Berser0nok Lnggar S0P Di MajIis Kahwin

 

Polis akan memanggil ind1vidu terl1b4t dalam majlis perk4h’winan yang berlangsung di sebuah bangunan di Jalan Ampang pada 27 Julai lalu untuk diambil keterangan.

Timbalan Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Deputi Superintendan D. Saralathan berkata, semalam, pada pukul 1.59 tengah hari, polis telah menerima laporan berkenaan gambar majlis perk4hwinan yang tular di aplikasi Instagram.

“Hasil semakan mendapati gambar majlis perk4hwinan yang berlangsung pada 27 Julai lalu terdapat individu yang berkumpul tanpa sebarang penjarakan s0sial.

“Siasatan lanjut mendapati, perk4hwinan tersebut telah berlangsung di sebuah bangunan di Jalan Ampang di mana penganjur telah menyewa dewan tersebut daripada sebuah syarikat yang mengurus majlis perk4hwinan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Mengulas lanjut, siasatan menjurus kepada pelanggaran prosedur operasi standard (SOP) kerana gagal mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di bawah Ordinan Darurat (Peraturan-Peraturan Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit) (Pindaan) 2021 Langkah-langkah di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan kerana tidak mematuhi SOP yang telah ditetapkan.

“Setakat hari ini, seorang wanita tempatan berusia 36 tahun yang menyewa dan menguruskan tempat tersebut daripada pemilik bangunan telah dipanggil untuk memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah Wangsa Maju.

“Kesemua individu lain yang telah terlibat akan dipanggil untuk memberi keterangan dalam masa terdekat,” jelasnya.

Siasatan dilakukan di bawah Seksyen 22(b) Akta Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 dan Peraturan 17 Peraturan-Peraturan Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 2021.

SUMBER/KREDIT: kosmo online via awatttsyeikhh

Catat Ulasan

0 Ulasan