Anwar dakwa kerajaan PN sudah tumbang

 


Ketua pembangkang Anwar Ibrahim hari ini mendakwa Perdana Menteri Muhyiddin

Yassin telah hilang sokongan majoriti di parlimen.

Anwar mendakwa kerajaanPerikatanNasionaltelah tumbang apabila anggota

parlimen menarik sokongan mereka terhadap pentadbiranMuhyiddin.

“Hari ini kita berkumpul untuk menyatakan bahawa, secara jumlah ahli parlimen,

kerajaanMahiaddin telah jatuh tumbang hari ini. Dan saya dapat maklumat dari

parti-parti lain ada mengemukakan senarai yang minta keluar dari PN.

“Maka dengan 107 yang ada di sini, campur mereka, kerajaan sudah ditumbangkan,”

katanya.

Dia berkata demikian di hadapan ahli-ahli parlimen pembangkang ketika mereka

berhimpun di DataranMerdeka sebelum berarak ke parlimen pagitadi.

Pembangkang sebelum ini berulang kali membangkitkan isu keabsahan kerajaan

PerikatanNasional (PN) yang mengambil alih kuasa melaluitindakan melompat parti

segelintir ahli parlimenPakatanHarapan (PH)tahun lalu.

September lalu, Anwar mendakwa dia mendapat sokongan majoriti ahli parlimen

untuk mengambil alih semula kuasa dan akan menghadapYang di-PertuanAgong,

SultanAbdullah SultanAhmad Shah bagi memaklumkan perkembangan itu.

Anwar, bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad dan ahli parlimen

Pembangkang lain hari ini berarak dari DataranMerdeka menuju ke parlimen,

namun usaha mereka terhalang oleh sekatan pihak polis termasuk anggota daripada

pasukan FRU.

Ahli-ahli parlimen pembangkang mengulangi gesaan agar Muhyiddin meletakkan

jawatan setelah menerima teguran daripada Yang di-PertuanAgong minggu lalu.

Anwar, PresidenAmanah, Mohamad Sabu dan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng

sebelum ini mendakwa Muhyiddin menggunakan isuCovid-19 sebagai alasan untuk

menghalang parlimen bersidang.

Catat Ulasan

0 Ulasan