Apakah Kebaikan yang Dilakukan Oleh Pasangan Ini – Sarah Raisuddin dan Shuib Sepahtu
by -
Admin
on -
Ogos 10, 2021

Kematian yang dicemburui, itulah yang dapat disimpulkan daripada apa yang berlaku kepada Allahyarhamah Siti Sarah Raisuddin.
Malah suaminya sendiri, Shuib Sepahtu tertanya tanya apakah kebaikan yang pernah dilakukan oleh Siti Sarah ketika beliau masih hidup.
Berita kematian cepat tersebar, dan mendapat liputan yang meluas di media media sosial. Kematiannya ditangisi oleh ramai orang, arwah juga didoakan oleh berjuta juta orang.
Selepas beliau disahkan meninggal dunia pada Hari Isnin, 9 Ogos pukul 5.13 pagi di Hospital HUKM, cerita mengenai kebaikan arwah ketika masih hidup satu persatu didedahkan oleh teman teman dan orang ramai yang mengenali beliau.
Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyidin Yassin juga ada memuat naik ucapan talziah diatas kematian Siti Sarah Raisuddin kepada Shuib dan keluarga. Selain itu Datuk Seri Anwar Ibrahim serta mantan Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Razak juga turut merakam ucapan takziah.

Berikut adalah perkongsian yang dibuat oleh Ustazah Siti Norbayah yang sangat menyentuh hati
“Berlinangan air mata ini
Pemergianmu Duhai Siti Sarah, dijemput Illahi pada pagi Isnin dengan Husnul Khatimah iaitu pengakhiran yang sungguh indah dalam redha Allah SWT dan diimpikan oleh semua.
Hijrahmu ke jalan Allah untuk menjadi hamba Nya yang terbaik, Ibadah Qurbanmu yang engkau rahsiakan untuk seisi keluargamu dan setelah dikau pergi baru kami tahu, indahnya Infaqmu ke jalan Allah”
“kesetiaanmu berbakti sebagai Isteri yang Solehah, sabarnya dirimu sebagai Ibu yang hebat kepada anak-anakmu, pengorbanan sucimu dalam berjuang hingga syahid dalam melahirkan anak solehmu,
keikhlasanmu dalam berjuang melawan sakit hingga syahid…Ternyata semuanya ini adalah amal solehmu yang sungguh indah dan mendapat kesudahan yang terindah kurniaan Allah”
“Sesungguhnya semua ini menyentuh hati kami dan mengajar kami untuk terus memburu redha Allah. Allahu Betapa dikau dicintai Allah, dicintai suamimu Shuib Sepahtu anak-anakmu, keluargamu dan kami juga menyayangimu hingga terasa benar kehilanganmu
Benar kata Shuib : Siti Sarah adalah Bidadari Syurganya…” Ustazah Siti Norbayah Mahamood

Semoga perkongsian ini bermanfaat, sila kongsi dan berikan komen untuk membantu kami menambah baik halaman ini. Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komen yang tidak sopan dan menghina
0 Ulasan